Pasukan misi Sarawak temui dokumen ‘menarik’ Perjanjian Malaysia
Sharifah Hasidah berkata pasukan misi juga telah memperoleh kertas Kabinet kerajaan British berhubung dengan Laporan Suruhanjaya Cobbold dan pandangannya mengenai pemberian kemerdekaan Sarawak ke atas pembentukan Persekutuan Malaysia.
PETALING JAYA: Pasukan misi ke London memperoleh dokumen ‘menarik’ mengenai “paparan benua” yang mengesahkan hak pemilikan Sarawak kepada sumber-sumber semula jadi di dasar laut dan bawah tanah di kawasan sempadan negeri itu.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg pada 1 Julai mengumumkan negeri itu akan menghantar sebuah pasukan peguam ke London untuk mencari sebarang kajian dan rujukan berhubung dengan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pembantu Menteri Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang mengetuai pasukan misi penyelidikan berkata, aspek itu antara perkara yang ditemui semasa kajian menyeluruh mengenai dokumen-dokumen yang berasal dari Sarawak sebelum 16 September 1963, tetapi diklasifikasikan oleh pentadbiran penjajah sebagai rahsia dan sulit.
Beliau berkata, dokumen itu adalah dari fail “Arkib Yang Dipindahkan” – dokumen yang telah diklasifikan semula oleh kerajaan Inggeris dan disimpan di Arkib Negara British, lapor Borneo Post.
Sharifah Hasidah berkata demikian selepas pasukannya memberi taklimat kepada Abang Johari mengenai penemuan mereka di Kuching pada 9 Ogos lalu.
Sebeum ini Abang Johari berkata misi penyelidikan ke London adalah kesinambungan usaha bekas ketua menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mendapatkan hak negeri seperti yang termaktub di bawah MA63.
“Perjanjian ini bukan sekadar persetujuan. Kita mahu mendapatkan fakta yang betul kerana jika kita mahu membuat tuntutan, kita mesti melakukan kerja rumah kita, jika tidak kita hanya menembak tanpa mengenai sasaran,” kata Abang Johari.
Sharifah Hasidah berkata pasukan penyelidikan itu juga telah memperoleh kertas Kabinet kerajaan British berhubung dengan Laporan Suruhanjaya Cobbold dan pandangannya mengenai pemberian kemerdekaan Sarawak ke atas pembentukan Persekutuan Malaysia.
Beliau berkata, pasukan itu juga menemui dokumen mengenai pembentukan Malaysia, termasuk minit mesyuarat Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), yang membawa kepada penerbitan Laporan IGC.
“Kerajaan negeri mengkaji dokumen-dokumen ini untuk menentukan asas bagi cadangan-cadangan yang terkandung dalam Laporan IGC mengenai perlembagaan untuk Sarawak dan apakah langkah-langkah selanjutnya yang perlu diambil untuk melaksanakan sepenuhnya di bawah Perkara VIII Perjanjian Malaysia – jika ia belum lagi dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan atau tindakan eksekutif, perundangan atau lain-lain sejak 16 September 1963,” kata Borneo Post yang memetik Sharifah Hasidah.
Beliau berkata dokumen-dokumen yang dijumpai oleh pasukan itu akan menambah kekuatan kepada kedudukan negeri dalam perbincangan dengan kerajaan persekutuan mengenai penurunan kuasa dan terhadap resolusi pelbagai perkara perlembagaan di bawah perbincangan dalam perbincangan ini
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x69AYc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment