Hi! Welcome Back and Stay Tune! FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' - Sangeetha - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' - Sangeetha

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29), Sangeetha Krishnasamy menerusi filem Adiwiraku menyifatkan kemenangannya itu sebagai satu penghargaan buat Cikgu Cheryll yang merupakan seorang guru di SMK Pinang Tunggal, Kedah.

Sangeetha ketika ditemui turut berkata, dia berasa bertuah kerana diberi peluang membawakan watak ini dan berterima kasih barisan juri yang menghargai lakonannya itu.

BACA: Adiwiraku diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan

BACA: Mungkin dia tak faham perjalanan acara - Zizan balas kritikan Afdlin

“Saya rasa macam tak layak, anugerah ini sebenarnya milik kepada heroin sebenar kita, Cikgu Cheryll untuk pengorbanannya, untuk mengubah hidup anak-anak kita dekat SMK Pinang Tunggal, jadi rasa bertuah untuk bawak watak dia,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Filem Adiwiraku yang diarahkan oleh sutradara Eric Ong dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM 29 yang diadakan DI Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Sabtu.

Selain itu, Adiwiraku turut meraih trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh Jason Chong.



Sumber FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' - Sangeetha

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzZ8c0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.