Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporan kes ‘bunuh’ tahfiz, Peguam Negara bakal tentukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporan kes ‘bunuh’ tahfiz, Peguam Negara bakal tentukan

Sebanyak 12 liang lahad siap digali di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah bagi proses pengebumian pelajar tahfiz dan tenaga pengajar yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. ― Foto BernamaSebanyak 12 liang lahad siap digali di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah bagi proses pengebumian pelajar tahfiz dan tenaga pengajar yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. ― Foto BernamaKUALA TERENGGANU, 25 Sept — Laporan siasatan polis berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato’ Keramat, Kuala Lumpur, sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd berkata laporan yang dimajukan untuk tindakan pendakwa raya itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Jadi kita tunggu arahan dari pejabat Peguam Negara apa bentuk tindakan pertuduhan ke atas pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sesi lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Datuk Huzir Mohamed dan ketua polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi 14 Sept itu, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan terkorban.

Susulan kejadian itu polis menahan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun yang disyaki mendalangi perbuatan itu kurang 48 jam selepas kejadian.

Polis mengesahkan kebakaran tersebut dilakukan oleh suspek atas motif balas dendam. — Bernama



Sumber Laporan kes ‘bunuh’ tahfiz, Peguam Negara bakal tentukan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xzWggD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.