Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tumbuk gadis sampai patah hidung, pemandu GrabCar didenda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tumbuk gadis sampai patah hidung, pemandu GrabCar didenda

Paparan skrin video menunjukkan keadaan hidung penumpang wanita GrabCar yang ditumbuk hingga patah tulang hidung. — Foto ihsan Facebook/Media KL Kajang Cheras Balakong Mahkota Cheras Sg LongPaparan skrin video menunjukkan keadaan hidung penumpang wanita GrabCar yang ditumbuk hingga patah tulang hidung. — Foto ihsan Facebook/Media KL Kajang Cheras Balakong Mahkota Cheras Sg LongPETALING JAYA, 25 Sept ― Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk penumpang wanita berusia 17 tahun sehingga patah tulang hidungnya.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Thiban, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Apartment Sri Anggerik, Jalan Puchong Jaya, Puchong di sini, pada 5 petang, 12 Ogos lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia kemudian membayar denda itu.

Bagi kesalahan itu, Thiban didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Syazwan Hasan merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan tertuduh merupakan penanggung utama keluarga. 

“Tertuduh yang masih bujang, menjaga kedua-dua ibu bapanya. Dia juga kesal dan insaf atas perbuatan itu. Ketika kejadian anak guam saya tidak dapat mengawal emosinya sehingga berlaku insiden itu,” kata Muhammad Syazwan.

Timbalan pendakwa raya Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira faktor kecederaan yang dialami mangsa.

“Tertuduh sepatutnya perlu mengawal emosinya, bukan mencederakan sesuka hati,” katanya.

Mengikut fakta kes, sebelum berlaku insiden itu, mangsa meminta tertuduh agar menggunakan laluan yang tidak mempunyai tol, namun tertuduh enggan berbuat demikian kerana dia perlu menggunakan aplikasi ‘Waze’ yang ditetapkan syarikat berkenaan.

Mangsa yang tidak berpuas hati, bertindak turun dari kereta lalu menutup pintu kereta dengan kuat sebelum kedua-dua mereka mengeluarkan kata-kata kesat.

Tertuduh yang berang dengan mangsa, bertindak menumbuk muka mangsa sehingga patah tulang hidung. ― Bernama



Sumber Tumbuk gadis sampai patah hidung, pemandu GrabCar didenda

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wR7iKX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.