Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majikan Menggaji, Lindungi PATI Boleh Kena Sebat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majikan Menggaji, Lindungi PATI Boleh Kena Sebat



Majikan yang menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI) kini berdepan hukuman lebih tegas termasuk sebat.

Sebelum ini, selain hukuman penjara dan denda, aset majikan terbabit turut dibekukan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata beliau sudah bertemu dengan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, supaya hukuman itu dilaksanakan.

“Saya telah berjumpa dengan Ketua Hakim Negara bagi membincangkan isu kehakiman dan beliau menyatakan kesediaan serta tindakan tegas, termasuk hukuman sebat terhadap majikan yang masih berdegil,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengetuai 39 pegawai dan anggota jabatan itu melakukan operasi menahan PATI di dua tapak pembinaan di Taiping dan Kamunting malam tadi hingga awal pagi tadi.

Mustafar berkata, pihaknya turut mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang melindungi PATI termasuk membeku aset syarikat mereka.

Beliau berkata, sehingga jam 11.30 malam tadi seramai 11,500 PATI dan 272 majikan ditahan di seluruh negara kerana melindungi dan menggaji PATI.

Tegas beliau, operasi berterusan dijalankan Jabatan Imigresen sejak berakhirnya program kad sementara (E-Kad) pada 30 Jun lalu dan operasi akan dilakukan secara berterusan.

Katanya, operasi di sini yang bermula jam 10.30 malam tadi dan berakhir lima jam kemudian pula, seramai 139 pekerja warga asing diperiksa.

Daripada jumlah itu, 45 daripadanya ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan menyalahguna pas pekerjaan.

“Dalam operasi ini, seramai 39 lelaki dan enam wanita serta dua kanak-kanak masing-masing berusia satu bulan dan tiga tahun ditahan dan mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Ipoh bagi tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut,” katanya. - BNBCC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wUdMwI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.