Hi! Welcome Back and Stay Tune! Para KL2017: Shukor tetap bersyukur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Para KL2017: Shukor tetap bersyukur

NILAI: Ketentuan tuhan ada hikmahnya.

Itu kata motivasi yang menjadi inspirasi buat Shukor Farhan Suliman yang kini semakin menyinar dalam sukan berbasikal para kebangsaan.

Shukor kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam satu kemalangan pada tahun 2011 sebelum menyahut tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mewakili Malaysia pada 2013.

Nyata, percaturannya itu tidak salah dan kini dia sudah berada di pentas tersendiri dan pernah beraksi di pentas Sukan Para Asia dan dunia.

Dan kelibatnya di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) digeruni apabila hari ini, pelumba berusia 21 tahun itu menghadiahkan kilauan emas dalam acara 3km kejar mengejar individu (C1, C2, C3) campuran yang menyaksikan kesemua pingat dibolot pasukan trek Malaysia.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai berbasikal tapi saya suka sukan lasak dan saya tak mahu lepaskan peluang yang ada. Saya fikir selepas apa yang terjadi, saya patut ambil setiap peluang yang ada," kata Shukor.

"MSN tawar satu program Kita Juara ke arah sukan Para ASEAN dan saya sudah capai apa disasarkan MSN tahun ini.

"Paling tinggi saya ke Sukan Para Asia di Incheon 2014 dan kejohanan tertinggi di Piala Dunia dan Kejohanan Dunia.

SHUKOR Farhan Suliman ceria bersama pingat emas yang diraih dalam acara 3km kejar mengejar individu (C1, C2, C3) campuran di Velodrom Nasional Nilai, Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

"Kita manusia biasa, sudah tentu saya lemah semangat tapi berkat dorongan ibu bapa dan sahabat membuatkan saya cepat bangkit daripada musibah itu.

"Pada mulanya, memang rasa susah dan rasa putus asa, tapi selepas dorongan dan nasihat ramai, mungkin ada yang lebih baik untuk saya.

"Tuhan sudah rancang untuk saya. Kalau saya tidak hilang kaki, mungkin saya tak ada di tempat saya sekarang ini," kata bekas pelajar tahfiz di At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar itu.



Sumber Para KL2017: Shukor tetap bersyukur

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jBBPep

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.