Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar Dalam Sejarah Malaysia Berjumlah RM69.6 Juta. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Perniagaan Menang Loteri Terbesar Dalam Sejarah Malaysia Berjumlah RM69.6 Juta.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang telah memenangi loteri berjumlah RM69.6 juta iaitu nilai yang paling tinggi dicatatkan dalam sejarah di Malaysia.


Pemenang bertuah tersebut telah memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September lalu. Dia yang berusia 40 tahun itu telah datang menuntut wang kemenangannya dua hari kemudian.

Menurutnya, dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick untuk memenangi slot loteri berkenaan!

“Saya mula bermain Sport Toto empat tahun lalu, tetapi saya hanya membuat taruhan menggunakan nombor plat kereta saya dan saya tidak menang apa-apa.

“Saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan untuk makan malam Rabu lalu. Disebabkan jalan yang sesak, saya membuat keputusan untuk mengikut jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto. Jadi, saya rasa saya patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar.

“Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,” katanya kepada NST.

Namun, dia tidak memeriksa keputusan pada malam itu sebaliknya kawannya yang memberitahu bahawa pemenang kali ini berasal dari Pulau Pinang.

“Saya tidak menghiraukannya dan hanya meneruskan kerja seperti biasa. Saya pergi bersarapan dan mulakan kerja dari rumah.

“Tiba-tiba perihal loteri itu terlintas di fikiran dan saya mula periksa tiket. Apabila lihat dua nombor terakhir sepadan dengan nombor pemenang, iaitu 52 dan 53, saya yakin yang saya telah menang.

“Jadi, saya meminta abang saya untuk memeriksa nombor tersebut dan saya betul! Saya telah menang loteri itu!

“Kami sangat teruja sehinggakan tidak dapat berhenti menjerit mula berlari sekitar rumah,” katanya lagi.

Memenangi hadiah wang tunai bernilai RM69,637,527.25, lelaki itu mengatakan sebahagian duit kemenangannya akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, membayar pinjaman dan melabur dalam hartanah.

Nilai kemenangan terbesar sebelum ini adalah RM57 juta dalam loteri Supreme Toto 6/58 pada tahun 2012.

Setakat ini, hadiah loteri tertinggi berjumlah lebih daripada RM28 juta adalah dalam jackpot Toto 6/58. 



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jH7F9H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.