Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak dua tahun di Kuantan maut disengat tebuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak dua tahun di Kuantan maut disengat tebuan

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas disengat tebuan ketika bermain di luar kawasan rumahnya di Kuantan.

Khaleef Eusoff sedang bermain di luar rumahnya kira-kira jam 5 petang sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang terletak lebih kurang 10 meter dari kawasan rumahnya.

Memetik laporan portal Harian Metro, bapa mangsa Raafiee Abdul Rahim, 39 tahun, berkata Khaleef ketika itu bermain berhampirannya yang sedang berkebun di luar rumah.

Dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas Khaleef mula menjerit dan menangis apabila badannya dikerumuni serangga berbisa itu

"Saya segera menarik dan membersihkan badannya sebelum kami membawanya ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



"Saya dan isteri kemudian membawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana hospital itu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk merawat Khaleef," katanya lagi. 


Namun Khaleef gagal diselamatkan kerana kandungan toksin yang tinggi dalam darahnya.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi semalam.

 Jenazah Khaleef selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.

Pihaknya juga telah memaklumkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang tebuan itu.




Sumber Kanak-kanak dua tahun di Kuantan maut disengat tebuan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbn0Vg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.