Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Sembelih Leher Rakan Baik Sendiri Kerana Tidak Cukup Duit Untuk Membeli Dadah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Sembelih Leher Rakan Baik Sendiri Kerana Tidak Cukup Duit Untuk Membeli Dadah..


INDONESIA - Seorang remaja tempatan tergamak membunuh rakan baiknya sendiri di Indonesia hanya kerana tidak cukup duit untuk membeli dadah.

Suspek yang dikenali sebagai Dedi, 19, telah membunuh rakannya, Yadi, 14, tahun dekat Desa Pematang Seterak, Medan, Wilayah Sumatera Utara.

Kejadian itu bermula apabila suspek telah mengajak mangsa untuk menghisap rokok di sebuah kebun kelapa sawit yang juga merupakan tempat kebiasaan mereka untuk melepak.

Secara tiba-tiba sahaja suspek telah mengeluarkan pisau dan terus menyembelih leher mangsa dari arah belakang sebelum melarikan motosikal milik mangsa, telefon bimbit serta sejumlah wang milik mangsa sendiri.

Namun, saksi kejadian tidak mengesyaki perbuatan itu kerana mengenali suspek yang merupakan sahabat baik. Mereka berdua juga sering ke ladang kelapa sawit tersebut untuk menghisap rokok.

Ketika saksi melalui kawasan itu, dia telah menjumpai mangsa dalam keadaan menggelupur serta lehernya yang telah dikelar dan segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak polis Teluk Mengkudu, Medan bagaimanapun telah berjaya menahan Dedi dua jam selepas kejadian di rumahnya ketika suspek sedang berada dalam keadaan khayal.

Setelah disiasat, Dedi mengakui bahawa dia berasa cemburu dengan rakannya itu kerana memiliki motosikal sendiri dan suspek juga mengaku bahawa dia memerlukan sejumlah wang untuk membeli dadah.

Tambahan pula, hubungan mereka berdua dikatakan mula renggang apabila mangsa telah mendapatkan pekerjaan sebagai penjual daging di pasar selepas habis waktu sekolah.

Sejak itu, mereka hanya bertemu ketika masa lapang sahaja. Suspek juga difahamkan sering meminjam wang daripada mangsa kononnya bertujuan untuk beli barangan dapur


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNWLVL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.