Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jatuh Pentas, Lufya Mohon Peminat Doa Bayi Dalam Kandungan Selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jatuh Pentas, Lufya Mohon Peminat Doa Bayi Dalam Kandungan Selamat



Pelakon Lufya Omar yang sedang hamil lapan bulan memberitahu dia tidak menyalahkan mana-mana pihak selepas terjatuh dari pentas Ahad lalu selepas siaran program Da'i.

Bagaimanapun, Lufya memohon supaya peminat mendoakan bayi di dalam kandungannya selamat.



"Malang tidak berbau, saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.

"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team produksi yang membantu saya dalam keadaan tersebut," tulisnya.

Menurut Lufya lagi, buat masa ini dia masih lagi berada dalam pemantauan doktor.



"Setakat ini saya masih lagi di bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya selamat. Amin," tulisnya lagi.

"Selepas tamat siaran langsung program Da'i semalam, saya mengalami musibah terjatuh dari pentas lebih kurang 1 meter tingginya.



"Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program semalam, saya diajak bergambar oleh @datinmaziahalmas bersama owner Siti Khadijah.

"Tetapi belum sempat untuk bergambar, saya terjatuh dari pentas. Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah berada di hujung pentas (tiada penghadang) dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupanya lantai menyebabkan saya tidak perasan dan terjatuh," jelasnya.
Apapun, kita doakan semoga kandungan Lufya selamat dan sihat.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjzpG8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.