“Dia pakai legging kat dalam, ustazah jadian terlebih jaga tepi kain orang sampai lupa jaga kain sendiri” – Kakak pertahan Neelofa pakai jeans koyak lutut
Percutian Neelofa bersama adik-beradiknya yang lain ternyata menarik ramai mata yang turut sama mahu melihat keindahan alam di mana mereka pergi. Namun baru-baru ini, cara pemakaian Neelofa menjadi perdebatan di laman sosial sehingga membuatkan kakaknya, Noor Nabila mempertahankan Neelofa.
Melalui gambar yang dikongsikan, Neelofa memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut. Perkara tersebut pastinya mengundang mulut-mulut pengguna laman sosial yang sakit mata melihatkan perkara itu sehingga ada yang meninggalkan komen berunsur kecaman mahu pun nasihat.
Malah lebih menarik lagi, apabila Nabila turut melihat akaun yang meninggalkan komen kecaman kepadanya – nampaknyaa individu terbabit juga terlalu merasakan diri terlalu bagus sehingga terlupa untuk membetulkan diri sendiri mungkin.
Apa yang dibongkarkan oleh Nabila sebenarnya sering kali berlaku dan kesan komen sebegini biasanya berlaku bila individu terbabit menjadi perhatian di laman sosial. Tidak salah untuk menegur, tapi lebih baik tegur secara berhemah di ruangan private message. Mahu tunjuk bagus sangat, kena cermin diri dulu.
Sementara itu, sebelum ini Che Ta turut pernah berhadapan dengan situasi fesyen seluar koyak sebegini dan jika diteliti kini, jika ada Che Ta kenakan gaya sedemikian, pasti ada legging yang dipakainya. Tapi tidak perlulah Che Ta nyatakan kepada orang ramai apa yang dipakainya ketika itu, bukan?
Sumber: Rotikaya
Sumber “Dia pakai legging kat dalam, ustazah jadian terlebih jaga tepi kain orang sampai lupa jaga kain sendiri” – Kakak pertahan Neelofa pakai jeans koyak lutut
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jF2irA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment