Sentimen Semasa Pasaran Forex, Saham, Bon dan Komoditi Global Setakat Malam Ini
Pasaran tukaran matawang (forex) bergerak sideways (mendatar) pada Selasa setakat pukul 10.55 malam menjelang penetapan polisi monetari oleh The Federal Reserve pada Khamis. Pasaran ketika ini dilihat tertumpu kepada hasil mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat.
Presiden Donald Trump sedang berucap di PBB (United Nation) sejak pukul 10.30 malam pada Selasa dan menjadi tumpuan pasaran. Pasaran akan mendapatkan isyarat tentang pendirian beliau terhadap Korea Utara dan Iran berikutan aktiviti senjata nuklear yang dijalankan oleh kedua-dua negara ini.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.16% setakat pukul 11.03 malam. Matawang Euro adalah salah satu matawang dalam indeks ini dan mewakili hampir 60% pemberat dalam indeks US dolar. Sebab itu, sebarang kenaikan Euro berbanding USD cenderung membuatkan indeks ini merosot.
-
Pasaran saham global
Pasaran saham Eropah ketika ini sedang didagang bercampur-campur di mana STOXX600 susut 0.03% setakat pukul 11.09 malam. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah.
Indeks DAX (Jerman) : -0.03%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.05%
FTSE 100 (Britain) : +0.27%
Berikut merupakan keadaan semasa di pasaran Wallstreet setakat pukul 11.16 malam.
Dow Jones : +0.12%
Nasdaq: -0.03%
S&P 500: +0.04%
Jelas dilihat pergerakan pasaran saham ketika ini agak mendatar di mana tidak banyak perubahan setakat ini. Hal ini berikutan menunggu maklumat-maklumat penting yang akan disampaikan pada Khamis oleh The Fed.
-
Pasaran Bon
Pasaran bon Amerika Syarikat pula menunjukkan kemerosotan hasil-bon 10 tahun-US (US-10Y Yiled) sebanyak 0.14% setakat pukul 11.21 malam.
US-10Y Yield : -0.14%
US-5Y Yield : -0.38%
US-30Y Yield : +0.11%
-
Pasaran Komoditi
Emas pada Selasa didagang sideways (mendatar) selepas merekod kejatuhan sejak beberapa hari dagangan lepas. Ia juga adalah kerana menunggu penetapan polisi The Fed. Seperti yang kita tahu US dolar dan emas akan bergerak bertentangan berikutan emas itu sendiri dinilai dalam US dolar.
The post Sentimen Semasa Pasaran Forex, Saham, Bon dan Komoditi Global Setakat Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fhZnU5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment