Pelik! Pakcik Ini Telan Cicak Hidup Untuk Kesihatan!
Kesihatan merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan. Sebab itu secara umum kawalan pemakanan dan mengamalkan cara hidup sihat mampu mengekalkan kesihatan.
TAPI bagi Dokrak Umsaeng 74 tahun berasal dari Ang Thong, Thailand, dia mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatannya. Petuanya cukup mudah, tidak perlu mengeluarkan wang cuma perlu kesabaran untuk menangkap dan keberanian memakan hidup-hidup – CICAK!
Menurut Dokrak, sejak 12 tahun lalu dia sudah mengamalkan makan cicak hidup untuk mengekalkan kesihatannya. Katanya amalan ini juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Sebab itulah dia tidak merancang untuk menghentikan amalan ini.
Cara makannya mungkin sukar kalau tidak biasa. Dengan selamba dia mengeluarkan seekor cicak dari dalam beg plastik lalu mengepitnya dengan mulut sebelum menjentik kepalanya. Selepas itu dia menelannya dan dengan bantuan seteguk air, cicak itu langsung saja masuk ke dalam perut Dokrak.
Ingat itu! Cicak harus ditelan hidup-hidup tanpa dikunyah. Kalau sukar ditelan boleh saja minum air supaya cicak tadi terus masuk ke dalam perut!
Sebelum mengamalkan petua ini, Dokrak menghidap penyakit nafas semput. Tetapi selepas memakan cicak hidup 12 tahun yang lalu, penyakitnya telah sembuh. Sejak itu dia tidak pernah berhenti mencari cicak untuk dimakan.
Menurutnya perbuatan memakan cicak adalah amalan lama yang sudah hilang. Semasa zaman kanak-kanak, dia sering makan cicak panggang yang dipercayai boleh meningkatkan tenaga.
“Kalau dulu cicak dipanggang. Ada juga yang dicicah asam sebelum dimakan,” katanya.
“Tapi hari ini saya lebih suka menelannya hidup-hidup. Kadang-kadang saya tidak dapat makan cicak selama satu setengah bulan. Ini kerana jumlahnya semakin berkurangan dan sukar ditemui,” ujarnya lagi.
“Tapi untuk kesihatan, makan seekor untuk dua-tiga hari sudah memadai. Paling penting ia mampu meningkatkan tenaga batin anda,” ujarnya mengakhiri cerita.
Jadi apa pendapat pembaca sekalian? Ada berani meniru amalan ini? Sebelum mencuba ada baiknya selidik dulu dari sudut hukum-hakam agama sebelum dilanjut kepada hal yang lain seperti bukti saintifik dan kesesuaian dalam budaya setempat!
Artikel ini diolah semula dari: Phuket Gazette
Comments
comments
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlDXYC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment