Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 punca anda gagal beli rumah second hand murah. Ramai kantoi kat No. #3 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 punca anda gagal beli rumah second hand murah. Ramai kantoi kat No. #3

Pasti semua orang nak beli rumah second hand pada harga yang murah.

Cuma peluang ni, tak senang nak dapat. Tapi tak mustahil kalau korang tahu cara.

Banyak yang korang kena buat. Selain daripada mengkaji mana ‘lubuk’ yang ada, korang jugak wajib mahir ilmu tawar-menawar (negotiation skill).

Dan penting untuk tahu apa yang korang tak patut buat sebelum mulakan proses rundingan dengan owner.

Tengah mencari ilmu ni? Nah, sediakan diri korang dengan hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog Domain.com ni.

Kesilapan #1 : Bagitahu ‘rahsia penting’ dekat owner

Ini kesilapan yang paling ramai pelabur buat. Bukan setakat yang newbie je. Yang dah lama terlibat dalam pelaburan hartanah pun, ada buat jugak.

Tok tak nafikan. Memang susah tuan rumah nak jual pada harga yang rendah. Siapa yang tak nak buat untung walaupun sikit, kan?

Cuma ada satu perkara yang korang kena selalu ingat. Tuan rumah (atau ejen hartanah) akan berusaha sedaya upaya menjual rumah pada harga yang tinggi.

Kalau dedahkan harga last yang korang sanggup beli, mereka akan cuba jual rumah dekat dengan harga yang korang letak tu.

Tak pasal-pasal korang kena beli dengan harga yang berkali-kali ganda lebih mahal berbanding market value. Kan dah rugi tu?

Macam mana nak kasi settle masalah ini?

“Biar pecah kat perut. Jangan pecah kat mulut”

Kalau dipaksa tuan rumah (atau ejen) untuk dedahkan berapa bajet terakhir, bagitau mereka yang loan rumah korang confirm senang lulus (pastikan korang dah check kelayakan meminjam dengan bank), dan korang nak beli rumah pada nilai pasaran (market value).

Nak lagi best? Buat kajian untuk dapatkan market value rumah kat lokasi yang berdekatan dengan rumah korang nak beli tu.

Lepas tu, tunjuk semua bukti ini kepada mereka untuk rendahkan harga jualan.

Nak lagi gila?

Letak harga yang lebih rendah berbanding apa yang korang mampu keluarkan untuk beli rumah.

Katakan, bajet asal yang korang RM350,000. Cakap kat tuan rumah yang korang hanya mampu beli pada harga RM330,000. Letak harga yang lebih rendah untuk tarik minat owner supaya tak teragak-agak jual rumah tu kat korang.

KLIK UNTUK BACA : Ubahsuai rumah second hand tanpa perlu belanja besar. Guna 5 tip ini” – Hady 

Kesilapan #2 : Biarkan tuan rumah jadikan emosi anda sebagai ‘makanan’

Korang mungkin dah jatuh cinta gila-gila dengan satu hartanah ni. Apa-apa yang jadi pun, korang nak jugak beli rumah tu.

Tapi selagi boleh, Tok nak korang kawal emosi sebaik mungkin. Jangan tunjuk senang-senang dekat owner dan juga ejen.

Manusia ni memang spesis yang beremosi. Tok tak nafikan.

Cuma kalau nampak sangat korang terdesak sangat, memang korang ada harapan tinggi kena game dengan owner atau ejen.

Bukan nak bersangka buruk. Tapi tindakan paling bahaya yang korang tak patut buat semasa proses rundingan adalah dedahkan kelemahan korang dari sudut emosi.

Golongan ni boleh bau keadaan terdesak korang daripada jauh lagi, dan mereka takkan teragak-agak untuk gunakan peluang ni.

Tok nasihatkan korang bagi sepenuh perhatian dekat beberapa perkara bawah ni. Sebab ini yang selalu owner atau ejen akan cakap kepada bakal pembeli yang beremosi :

  • Rumah yang korang beminat tu, ramai yang berminat nak beli.
  • Kesuntukan masa – kena beli cepat sebelum orang lain beli dulu.
  • Ada orang sanggup bayar harga yang lebih tinggi.

Ada macam-macam lagi yang mereka akan cuba buat untuk jual rumah tu pada harga yang paling tinggi. Jadi, korang kena hati-hati.

Macam mana nak kasi settle masalah ini?

Cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan emosi dan tumpukan perhatian kat perkara yang korang patut buat.

Jangan risau. Nah, Tok kongsikan senarai apa yang wajib dibuat untuk elak emosi daripada perangkap pemikiran logik korang.

Fokus kat perkara yang akan bagi impak secara langsung kepada nilai hartanah yang korang nak beli tu, seperti :

  • Segala kerja-kerja baik pulih atau ubah suai rumah yang masih belum selesai.
  • Sebarang kerosakan pada struktur rumah.
  • Sebarang perjanjian yang terlibat dengan rumah korang nak beli tu.

Kesilapan #3 : Tak ambil tahu langsung tentang harga rumah semasa 

Kalau korang kaya-raya pun, adalah satu pembaziran peluang yang tak elok kalau beli rumah tanpa cuba dapatkan sebarang diskaun.

Tu sebab, Tok nak korang ambil tahu tentang pasaran semasa dan ambil tau harga transaksi terkini dekat kawasan rumah yang korang nak beli.

Nak buat kajian, dah tentu akan gunakan banyak masa korang. Tapi Tok nak korang semat sentiasa nasihat ni dalam minda :

“Tanpa fakta dan data yang kukuh, memang susah korang nak runding harga rumah jadi lebih rendah”

Overvaluing (tawarkan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran) dan juga undervaluing (tawarkan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran) akan buatkan korang nampak seperti tak serius untuk membeli.

Macam mana nak kasi settle masalah ini?

Luangkan masa dan buat kajian terperinci untuk dapatkan gambaran yang baik tentang pasaran hartanah dekat kawasan rumah yang korang nak beli, setiap kali sebelum buat sebarang tawaran.

KLIK UNTUK BACA : Wanita ini kongsi pengalaman beli rumah second hand terus dengan owner 

Kesilapan #4 : Tak bersedia untuk membeli. Owner tak suka jenis ini

Bila korang nak berunding dengan tuan rumah tentang harga, penting untuk korang sediakan apa yang patut.

“Apa perkara yang penting sangat tu, Tok?”

Korang boleh dapatkan pre-approved loan, sediakan deposit yang cukup (atau bank guarantee), dan juga segala persediaan berkaitan hal-hal guaman supaya owner senang hati jual rumah tu kat korang segera.

Kalau korang tak sediakan perkara ni, korang akan bazirkan masa korang, owner rumah, dan juga ejen hartanah.

Macam mana nak kasi settle masalah ini?

Senang je. Sediakan apa yang perlu untuk yakinkan owner atau ejen yang korang adalah pembeli yang serius.

Bila owner (atau ejen) tahu yang korang betul-betul serius nak beli, mereka senang je bagi korang reserve hartanah tu dan elakkan orang lain beli dulu.

Korang juga boleh gunakan benda ni sebagai advantage.

Kalau korang betul-betul buktikan yang korang serius nak beli, owner tak kisah bagi pelepasan untuk bayar duit deposit atau down payment secara lump sum.

Kesilapan #5 : Buka harga yang tak munasabah

Kadang-kadang je tawaran yang tak masuk akal boleh bawa untung untuk korang.

Tapi pada kebanyakan masa, ini akan rosakkan peluang membeli dan juga hubungan antara korang dan owner rumah (atau ejen).

Tok bagi contoh situasi.

Katakan, korang nak beli rumah dengan market value RM500,000. Tapi korang boleh pulak tawarkan harga RM370,000, 26% lebih rendah berbanding nilai pasaran.

Jangan korang ingat mereka (owner dan ejen) tak tahu. Mereka boleh periksa balik semua tu.

Antara soalan-soalan penting yang korang boleh tanya kat penjual seperti :

  • Berapa lama rumah tu dah berada dalam pasaran jualan?
  • Apa sebab owner rumah nak jual rumah tu? (tak kira sebab personal atau berkaitan masalah kewangan).
  • Berapa terdesak owner rumah nak jual rumah tu?

Dah tau semua ni, baru korang letakkan harga – YANG MUNASABAH.

Bermakna, kalau nak murah sikit pun, pastikan harga biar masuk akal. Jangan pulak korang nak makan lebih-lebih.

Macam mana nak kasi settle masalah ini?

Usaha untuk kenali owner sebaik mungkin. Ambil tau segala cerita mereka dan gunakan kelebihan ini untuk secure pembelian rumah.

Masalah seperti rumah akan dilelong, ada masalah dengan pekerjaan atau perniagaan, atau pernah gagal menjual rumah sebelum ini antara indikator yang owner sanggup jual rumah tu pada harga yang murah.

KLIK UNTUK BACA : Jimatkan kos peguam. Buat sendiri 3 perkara ini lepas beli rumah second hand 

Nak elak masalah, kena la tau dulu apa masalah yang ada. Baru korang boleh ambil langkah berjaga-jaga. Setuju?

Tapi dalam banyak-banyak tip, ini tip paling penting yang Tok nak kongsikan kat korang.

Setiap kali korang buat rundingan dengan owner, bincang dan cakap elok-elok. Confirm senang korang nak dapat harga special kalau amalkan tip yang satu ni.

The post 5 punca anda gagal beli rumah second hand murah. Ramai kantoi kat No. #3 appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYKjBE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.