ASUS Gaming Laptop FX553 Dengan GeForce 1050 Kini Di Malaysia Pada Harga RM3499
Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi komputer riba memfokuskan permainan video untuk pasaran tempatan, iaitu Asus Gaming Laptop FX553.
Asus Gaming Laptop FX553 hadir dengan skrin 15.6-inci, cip pemprosesan Intel Core i5-7300HQ 2.5GHz, dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, memori 4GB DDR4 2400MHz SDRAM, serta menawarkan storan SATA 1TB 5400RPM. Pemacu DVD turut disertakan, selain dilengkapi papan kekunci berbentuk chiclet.
Seperti kebanyakkan komputer riba dipasaran, ia turut hadir dengan sistem operasi Windows 10 64-bit. Pengguna turut mempunyai pilihan untuk menambah memori sehingga 32GB DDR4 pada komputer riba ini.
Asus menawarkan Asus Gaming Laptop FX553 ini pada harga RM3499 di Malaysia, dan sudah boleh didapati daripada para pengedar Asus tempatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xgD1FA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment