Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berita gembira penjawat awam dalam Bajet 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berita gembira penjawat awam dalam Bajet 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.

Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan  itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Najib pada majlis itu berkata kerajaan sejak puluhan tahun, amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.

Katanya, kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini, melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam.

Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan  pencen minimum daripada RM720  kepada RM820 bagi  mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum, katanya.

Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam.

Antaranya menaikkan kadar  Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar  dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada  2015, katanya.

“Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien,” katanya.

“Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan to leapfrog atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050,” kata perdana menteri.

The post Berita gembira penjawat awam dalam Bajet 2018 appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fOcUTZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.