Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cendol Pun Didakwa Dari Indonesia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cendol Pun Didakwa Dari Indonesia?

Selepas kuih popia menjadi pertikaian dan menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat Indonesia apabila disenarai sebagai warisan Malaysia, kini cendol juga didakwa berasal dari negara itu.


Hal itu berlaku selepas CNN International menyenaraikan cendol sebagai 50 minuman terlazat di dunia, dengan menyebut ia berasal dari Malaysia.

Kompas Travel melaporkan, seorang pensyarah dari fakulti sastera di Yogyakarta, Heri Priyatmoko berkata, beliau percaya minuman itu berasal dari Indonesia.

"Cendol diduga berasal dari Indonesia. Hal itu dibuktikan dengan meluasnya cendol di wilayah desa sejak dahulu hingga kini," katanya pada Selasa.

Heri berpendapat bahan-bahan bagi pembuatan cendol merupakan produk biasa yang boleh ditemui di kampung-kampung di Indonesia.

Katanya, resepi yang diperbuat dari tepung beras itu merupakan sejarah kebudayaan bagi penduduk pedalaman Indonesia dan bahan-bahannya juga mudah disediakan tanpa perlu dimport.

Selain itu, cendol juga dikenali dengan nama dawet, mungkin tersebar luas di Asia Tenggara kerana ekologi kawasan sawah yang mirip dengan Indonesia, katanya.

Sementara itu, Kompas juga menemubual pemilik gerai minuman 'Radja Cendol', Danu Sofwan yang berharap cendol didaftarkan sebagai warisan budaya dari Indonesia seperti rendang dan pempek.

Katanya, beliau juga telah menghubungi kementerian kebudayaan Indonesia melalui email tetapi masih belum menerima sebarang jawapan.

"Cukup ironi kerana di Malaysia cendol lebih dihargai. Terbalik dengan di Indonesia, yang senarainya panjang berasal dari luar," kata Danu.

Pada 2015, satu demonstrasi diadakan di depan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai usaha untuk menghalang kuih popia disenarai sebagai masakan warisan Malaysia.

Kumpulan Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi), mendakwa popia atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang.

Selain popia, sebahagian rakyat Indonesia sebelum ini turut mendakwa lagu Rasa Sayang, batik, wayang kulit dan tarian ngajat berasal dari republik itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xS89Nr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.