Hi! Welcome Back and Stay Tune! Daiyan Trisha dedah terima gambar alat sulit lelaki sebulan sekali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Daiyan Trisha dedah terima gambar alat sulit lelaki sebulan sekali

Daiyan Trisha Dedah Sering Terima Foto Lucah

Daiyan Trisha

Penyanyi Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya sering menerima foto lucah menerusi laman Instagram.”Saya selalu menerima foto-foto lucah seperti foto alat sulit lelaki yang dihantar di laman Instagram. Dalam sebulan pasti ada sekali saya menerima foto tersebut. Saya sendiri pelik kenapa mereka tiba-tiba menghantar foto-foto sedemikian.

“Saya tidak melakukan tindakan apa-apa. Saya hanya membiarkan sahaja tanpa membalas atau memberi amaran. Bagi saya, jika kita tidak melayan perkara tersebut, ia akan terhenti di situ. Lebih baik begitu,” kata Daiyan lagi.

Tambah Daiyan, laman Instagram miliknya juga digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

“Kejadian ini berlaku tiga minggu lalu. Selalunya, jika ada pihak yang menggodam laman Instagram selebriti, pihak tidak bertanggungjawab itu mahu menjualnya untuk dijadikan akaun bisnes.

“Kes saya pula berbeza kerana pihak tersebut mahu memadamkan terus akaun saya. Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Saya bertindak menghubungi pihak Instagram dan menceritakan perkara sebenar.

“Saya sangat risau kerana laman Instagram merupakan medium untuk saya menonjolkan hasil kerja. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapatkan semula akaun Instagram saya,” katanya ketika ditemui di Singapura bersempena Anugerah Planet Muzik 2017.

Dalam perkembangan terbaru, Daiyan bakal muncul dengan single baru berjudul Kita Manusia pada 20 Oktober ini.

Daiyan juga sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri Coffee Prince yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Filem lakonan Daiyan, Busker bakal menemui penonton pada Januari tahun hadapan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @daiyantrisha

Sumber: Astro Gempak
Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNJY60

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.