Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga sebak tatap wajah Shyzlin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga sebak tatap wajah Shyzlin

Keluarga mangsa sindiket dadah,  Allahyarham Shyzlin Hathaman, 43 sebak dan sayu ketika menatap kali terakhir wajah jenazah yang tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, di sini kira-kira jam 8.10 malam tadi, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.

Kakak kandungnya, Rushidah Hathaman, 57, tidak dapat menahan air mata ketika menatap wajah adiknya buat kali terakhir setelah mereka tidak bertemu sejak 17 tahun lalu.

Rushidah yang menetap di Singapura berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kematian adik bongsunya itu ketika menonton siaran berita pada minggu lalu.

“Saya dengan arwah tidak begitu rapat kerana sejak dari kecil sudah terpisah dengannya disebabkan ibu bapa tak dapat menampung adik-beradik yang ramai.

“Bila sudah dewasa, saya berusaha untuk mencari adik-beradik yang sudah terpisah. Saya berasa sebak kerana tidak dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir,” katanya.

Allahyarham Shyzlin menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa hingga dia terkandas di Lima, Peru sejak lapan tahun lalu dan menjalani hukuman penjara lebih empat tahun sebelum dibebaskan pada Mei lalu.

Bagaimanapun proses membawanya pulang semula ke Malaysia tergendala berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Dia dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di negara Amerika Selatan itu selepas dimasukkan ke wad kerana komplikasi pelbagai penyakit.

Allahyarham selamat dikebumikan pada kira-kira jam 9.30 malam, tadi selepas jenazahnya tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) jam 2.30 petang, tadi.

Sementara itu, Shaan Shah Mohd Nasir iaitu suami Allahyarham Norabdah Mahmood, 49 yang merupakan sepupu Shyzlin meluahkan rasa syukur dan lega kerana dapat menunaikan wasiat terakhir isterinya untuk membawa pulang Shyzlin ke tanah air.

Katanya, sejak Allahyarham Shyzlin tamat menjalani hukuman penjara selama empat tahun di Lima, Peru, mereka saling berhubungan menerusi WhatsApp untuk mencari ikhtiar membawanya pulang ke Malaysia.

“Syukur apabila amanat terakhir isteri saya untuk membawanya pulang ke tanah air termakbul walaupun mereka tidak sempat bertemu. Atas permintaan itu jugalah jenazah Shyzlin dikebumikan berdekatan dengan kubur isteri saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kXGUOM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.