Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indeks Komposit Pengeluar Dan PMI Perkhidmatan Zon Eropah Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indeks Komposit Pengeluar Dan PMI Perkhidmatan Zon Eropah Meningkat

Pertumbuhan perniagaan di zon Eropah semakin pesat pada bulan September berikutan syarikat-syarikat berusaha untuk memenuhi permintaan berdasarkan data yang dilaporkan hari ini. Dan jangkaan pada bulan Oktober juga akan menghasilkan bacaan yang sama.

Sumber: IHS Markit

Data komposit akhir zon Eropah telah dikeluarkan oleh IHS Markit dengan bacaan melonjak kepada 56.7 pada September, berbanding bacaan pada bulan Ogos, 55.7. Bacaan di atas 50.0 menunjukkan perkembangan dalam ekonomi.

“Ekonomi masuk ke dalam suku tahun keempat dengan peningkatan pada perniagaan melalui aliran masuk pesanan baru yang naik pada kadar yang cepat untuk tempoh 6 tahun, dan jangkaan pertumbuhan akan kembali berkembang selepas musim panas,” kata Chris Williamson, ketua ekonomi perniagaan di IHS Markit.

Williamson turut menyatakan PMI menunjukkan peningkat dalam GDP suku tahun ketiga sebanyak 0.7 peratus, lebih cepat daripada jangkaan penganalisis 0.5 peratus.

PMI yang merangkumi sektor perkhidmatan blok Eropah meningkat 55.8 daripada 54.7 pada bulan Ogos, dan juga melebihi jangkaan 55.6. Bacaan yang tinggi dikeluarkan walaupun syarikat menaikkan harga dengan kadar kedua tercepat dalam tempoh enam tahun. Indeks harga pengeluar bagi bulan September naik 51.8 berbanding 51.3 pada bulan Ogos.

Jangkaan inflasi di Zon Eropah yang rendah pada bulan September berdasarkan laporan Eurostat minggu lepas, mengambarkan bagaimana peningkatan harga kekal lemah, dan menyokong keputusan ECB untuk mula mengurangkan ransangan ekonomi mereka secara beransur-ansur.

Sebahagian ahli ekonomi menjangkakan ECB akan mula mengumumkan lanjutan enam bulan program pembelian aset/bon bermula 26 Oktober, namun akan mengurangkan angka pembelian setiap bulan dengan jangkaan sebanyak $40 billion Euro bermula Januari.

The post Indeks Komposit Pengeluar Dan PMI Perkhidmatan Zon Eropah Meningkat appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xXpTIW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.