Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Kemerdekaan Catalonia Dari Sepanyol & Kesannya Kepada Matawang Euro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Kemerdekaan Catalonia Dari Sepanyol & Kesannya Kepada Matawang Euro

Matawang Euro sedikit terkesan dengan ketidaktentuan politik Zon Eropah ketika ini dan salah satunya adalah isu kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol.

Pada 2 Oktober 2017, Presiden Catalonia, Carles Puigdemont telah membuat kenyataan bahawa Catalonia akan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Spain dalam masa beberapa hari lagi iaitu sama ada dalam minggu ini atau awal minggu hadapan.

Kenyataan ini disusuli dengan kenyataan baru beliau semalam (3 Oktober) di BBC, ”Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam selepas kesemua undian dikira.”

Peratusan rakyat yang mengundi hanyalah 42.3% iaitu sebanyak 2.26 juta penduduk. 90% pengundi memilih kebebasan dalam referendum tersebut iaitu bersetuju untuk keluar dari Sepanyol dan menjadi sebuah negara yang merdeka.

Pungutan suara yang diadakan pada 2 Oktober telah menyebabkan terjadinya rusuhan. Ratusan orang dilaporkan cedera dalam insiden kekacauan di seluruh Catalonia ketika pihak polis bertempur dengan orang ramai yang berkumpul bagi menyokong pungutan suara yang diadakan.

Rusuhan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif kepada matawang Euro pada Isnin, di mana pasaran melihat ia sebagai ketidaktentuan politik dan mungkin akan menjadi risiko kepada Zon-Eropah.

Namun kelemahan Euro terhenti dengan pengumuman dari pihak berkuasa Sepanyol bahawa undian yang dibuat oleh Catalonia adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Hal ini menyebabkan ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya di sekitar bandar raya ini bagi membantah tindakan polis terhadap proses pengundian pungutan suara itu.

Rusuhan itu telah mendapat reaksi daripada raja Sepanyol , Raja Felipe semalam dan mengkritik pemimpin pemisah Catalan sebagai ‘perosak’ prinsip demokrasi dan memecahbelahkan rakyat Catalan.

Buat masa ini pakar penganalisis politik dan ekonomi belum dapat memberi apa-apa komentar apakah yang akan terjadi kerana menunggu bagaimana reaksi Sepanyol menangani hal ini.

Nantikan sambungan daripada artikel ini.

The post Isu Kemerdekaan Catalonia Dari Sepanyol & Kesannya Kepada Matawang Euro appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xf0N9L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.