Kes bunuh Jong Nam: 'Saya tidak tahu DPR Korea itu bukan Korea Selatan' - Saksi
Saksi pertama, Lans Koperal Mohd Zulkarnain Sanudin, bertugas sebagai anggota polis rondaan di lapangan terbang itu ketika insiden itu pada 13 Februari awal tahun ini.
"Saya didatangi seorang wanita Melayu, iaitu petugas kaunter informasi dan juga seorang lelaki yang bangsanya tidak saya ketahui yang ingin membuat laporan polis.
"Namun, selepas bertanyakan kepadanya, dia ingin ke klinik terlebih dahulu," kata Zulkarnain.
Dalam perjalanannya ke klinik bersama lelaki itu, Zulkarnain berkata dia dimaklumkan bahawa penglihatan lelaki itu kabur.
"Lelaki itu berkata, 'Sir, walk slow, my eyes blur, I cannot see' (Tuan, jalan perlahan, mata saya kabur, saya tidak dapat lihat)," kata Zulkarnain.Setelah membawanya ke klinik, Zulkarnain mendapati lelaki yang dibawanya itu terus menerima rawatan segera.
Atas sebab itu, Zulkarnain bergerak ke Pusat Operasi Keselamatan untuk melaporkan kejadian terbabit sebelum bergerak semula ke klinik untuk mendapatkan butiran lelaki itu.
"Saya menyalin butiran daripada pasport lelaki itu yang ditunjukkan jururawat bertugas berada di kaunter.
"Namun, dalam laporan saya tertulis lelaki tersebut adalah warganegara Korea Selatan kerana saya tidak tahu maksud penuh DPR Korea yang tertera di pasport lelaki itu," jelas Zulkarnain.
Ketika sesi soal balas, peguambela Duan Thi Huong, Hisyam Teh bertanyakan kepada Zulkarnain bagaimana dia menyedari kesilapan tersebut sekiranya dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa.
"Saya menyedarinya ketika saya melihat semula laporan polis yang saya buat. Ini adalah amalan biasa," kata Zulkarnain.
Saksi kedua pula yang dipanggil adalah petugas kaunter informasi, Juliana Idris.
Menurutnya, Jong Nam telah menggunakan perkataan 'attacked' (diserang) ketika menemuinya di kaunter informasi KLIA2.
"Saya tidak pasti ayat penuh yang digunakannya (Jong Nam) tetapi saya dengar perkataan attack," kata Juliana.
Zulkarnain dan Juliana adalah dua daripada 153 saksi yang akan dipanggil untuk perbicaraan kes ini.
Sumber Kes bunuh Jong Nam: 'Saya tidak tahu DPR Korea itu bukan Korea Selatan' - Saksi
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g57Cjy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment