Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bangunan baharu Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dilengkapi ciri keselamatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bangunan baharu Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dilengkapi ciri keselamatan

KUALA LUMPUR: Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).

Pengetuanya, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata penyediaan kelengkapan itu bagi menjamin keselamatan pelajar dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini.

"Kami telah meminta pihak bomba untuk memeriksa bangunan (baharu) ini dan setakat ini semua berjalan lancar. Hanya ada beberapa perkara yang pihak bomba minta kami tambah seperti pengesan asap dan loceng kebakaran," katanya kepada Bernama selepas tinjauan ke bangunan baharu pusat tahfiz itu, di sini.

Mohd Zahid berkata bagi memberi keselesaan kepada pelajar, pusat tahfiz itu yang dijangka beroperasi pada November, turut dilengkapi pendingin hawa serta ruang asrama yang luas.

Bangunan baharu lima tingkat itu dijangka akan menempatkan kira-kira 50 pelajar tahfiz di asramanya.

Katanya, beberapa perkara telah dirancang bersama pihak bomba termasuk mewujudkan skuad bomba dalam kalangan pelajar tahfiz bagi memberi mereka pendedahan kepada latihan keselamatan.

-- BERNAMA



Sumber Bangunan baharu Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dilengkapi ciri keselamatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g55U1U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.