“Saya Kahwin Dua, Doakan Baik-Baik” – Opick
PENYANYI dari lndonesia yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan iaitu Opick menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya sedang bergolak.
Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 43, baru-baru ini dikhabarkan nyaris bercerai dengan isteri pertamanya setelah dia berkahwin lagi.
“Alhamdulillah, aman di rumah. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Teman-teman sahaja yang besarkan cerita.
“Saya memilih untuk berdiam. Jadi, doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Dia ditemui sewaktu majlis pelancaran album terbarunya, Allah Bersamamu di Talent Lounge, Damansara Perdana, Isnin.
Opick dilihat kurang selesa untuk membicarakan isu berkenaan sewaktu diajukan soalan oleh wartawan.
Namun, dia tidak menafikan dakwaan mengenai dirinya yang beristeri dua.
Becakap mengenai album Allah Bersamamu, ia merupakan album ke-19 dihasilkannya.
Album berkenaan memuatkan 10 lagu baharu yang diinspirasikan daripada situasi di Rohingya, Syria dan Palestin.
Menurut Opick, lagu-lagu dalam album ini boleh dijadikan peneman bagi mereka yang sedang berduka atau bersedih.
“Ketika kamu bersedih, waktu bersendirian, ingatlah Allah ada bersamamu,” katanya.
Dalam majlis itu, Opick turut menyampaikan dua lagu baharu berkenaan dan Sembunyikan Duka.
Album itu sudah pun dilancarkan di Indonesia pada Jun lalu.
Bagi pasaran Malaysia, ia diedarkan oleh Monkey Bone dengan kerjasama PMP Entertainment.
The post “Saya Kahwin Dua, Doakan Baik-Baik” – Opick appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yjx6oa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment