Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nik Abduh: AMANAH pergi meninggallah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nik Abduh: AMANAH pergi meninggallah

Malaysiakini 2/10/17
ULASAN I Saya perhatikan para penyokong AMANAH adalah para pemberontak di desa dan kampung. Mereka mendakwa diri sebagai reformis atau sang mujaddid dalam masyarakat, tetapi hakikat yang dilihat adalah jauh sekali.
Mereka sebenarnya memberontak terhadap usaha reformasi dan islah yang sedang bergerak secara harmoni di kampung dan desa. Ia digerakkan oleh PAS dan sudah pun berlaku sejak sekian lama.

Kerana sifat gopoh dan bersikap 'profesor google', mereka merasakan ia proses yang amat lambat. Bagi mereka, hari kiamat bila-bila masa akan berlaku di Malaysia, tetapi tidak di Amerika dan Barat.
Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka. Mereka kekejangan melihat PAS yang 'kool' berhadapan 'The Apocalypse' ciptaan DAP itu.

Mereka memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya. Di Kelantan, sebahagian besar mereka sudah pun lama tersisih daripada menjadi jentera PAS. Mereka ini lancang sekali mulut mengkritik dan mendakwa.

Bagi mereka, seorang sahaja yang betul iaitu Tok Guru Nik Aziz. Sehari dua ni mereka jumpa seorang lagi iaitu Tun Mahathir Mohamad.
Entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke lutut. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu. Uhh mengerikan..
dap national congress 041216 lim kit siang mahathir mat sabuSebanyak 360 sendi-sendi ciptaan Allah dalam tubuh mereka telah membengkak diserang gout, lalu menjadi kaku dan tak boleh digerakkan dengan sempurna lagi.

Van mayat DAP
Kanak-kanak di kampung menamakan mereka 'Zombi Kampung Pisang'. Menarik ditonton awalnya, tapi lama-lama membosankan.
Saya lihat di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik berkempen menjual 'sumbu' bagi menghadapi 'The Last Days' of Malaysia itu.

DAP 'The Saviour' pula akan segera datang membawa cahaya baru bersinar-sinar buat Malaysia yang terhasil daripada percikan neon-neon malam pesta arak di seluruh negara.
Sebahagian ahli AMANAH datang dari IKRAM yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia.
Hubung kait bekas ahli PAS dengan ahli IKRAM ini adalah sama. Mereka mendakwa pakar dalam 'fiqh al waqi' al Malizi' dan seni 'tanzil al nushus' di Malaysia.

Kedua-dua mereka mendakwa PAS gagal kerana tidak memahami aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Begitulah mereka seia sekata sehati sejiwa.
Selamat bertempurlah. Van-van mayat DAP sedang menunggu tu.

Matlamat hancurkan PAS
Antara matlamat besar AMANAH sebelum melangkah ke Putrajaya ialah menghancurkan PAS. Mereka menyambung cita-cita Umno yang telah pun lama berkubur sejak zaman Tun Mahathir.

Betul-betul mereka ini telah menjadi anak butir taik Tun Mahathir. Mereka menunggu dan terus menunggu.
Itu pungguk merindukan bulan namanya. Akhirnya, bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS merangkap anggota parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Rencana ini dimuatkan di Facebook beliau dan merupakan pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRQzed

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.