Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Seks Mirip Anding Pula Tersebar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Seks Mirip Anding Pula Tersebar

SELEPAS pelakon baharu, Eyka Farhana terpalit dengan penyebaran video lucah konon mirip wajahnya, terbaharu penyanyi Anding pula berhadapan dengan kontroversi yang sama.

Satu rakaman video menyaksikan individu menyerupai Anding dikatakan beraksi lucah dengan kaum sejenis yang mana rakaman itu telah dikongsi menerusi laman sembang Tumblr.

Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 34, ketika dihubungi untuk menjelaskan perkara itu berkata, dia tidak pernah melakukan perkara tidak senonoh kerana ia boleh menjatuhkan maruahnya sendiri.

"Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya.

"Saya tidak pernah melakukan perkara tersebut dan memang tak logik kalau saya buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan kerjaya sendiri.

"Saya masih boleh berfikiran waras dan tak akan buat perkara tidak senonoh seperti itu," kata Anding.

Anding yang merupakan bekas peserta rancangan Akademi Fantasia musim kedua (AF2) diminta mengulas laporan sebuah forum sembang yang mendedahkan sebuah rakaman video mirip dirinya melakukan hubungan seks.

Sementara itu, penyanyi berasal dari Sarawak ini berharap agar masyarakat mengubah persepsi kononnya lelaki yang belum berkahwin dan sibuk menjaga badan di gim ialah seorang gay.

"Bila nampak lelaki yang belum kahwin dan selalu pergi gimnasium, mesti ada yang buat tanggapan individu itu seorang gay. Mungkin atas sebab itu, mereka juga menyangkakan saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan.

"Orang tak tahu kenapa saya belum kahwin dan tidak ada kekasih sehingga kini? Bagi mereka, apa mereka nampak..., itu yang mereka percaya.

"Saya harap segelintir masyarakat yang berfikiran sebegitu dapat mengubah persepsi terhadap lelaki seperti saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Anding berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat memandangkan sudah beberapa kali namanya dikaitkan dengan isu sedemikian.
"Saya akan ambil tindakan dan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah dan kerjaya seni saya.

"Tambahan pula, sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah lelaki seakan-akan saya. Sekarang video pula,"



Sumber Video Seks Mirip Anding Pula Tersebar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEaz1B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.