Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mark O'Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mark O'Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin

BINTANG YouTube, Mark O'Dea sudah bersedia jika lakonannya menerusi Oh My English Level Up dikritik atau dibandingkan dengan pelakon Zain Saidin.

Mark, 26, berkata sebagai personaliti televisyen dia juga tidak terlepas daripada dikecam dan dilemparkan dengan komen negatif apatah lagi dalam dunia digital ketika ini.

"Watak saya baru diwujudkan dan karekter pun berbeza dengan watak yang dibawakan oleh Zain Saidin.

"Tetapi saya sudah bersedia dan tidak kisah jika ada yang bandingkan lakonan sebab sebelum ini pun saya pernah dikritik di laman sosial.

"Bagi saya, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang tidak suka tetapi sekurang-kurangnya ada segelintir yang akan suka," kata Mark .

Mark memegang watak sebagai Mr. James Blond mengantikan watak cikgu kesayangan ramai penonton Oh My English iaitu Mr. Middleton lakonan Zain Saidin.

Rancangan yang berdurasi selama 15 minit ini akan bersiaran di Astro TVIQ dan siaran serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD.

Dalam pada itu, Mark teruja apabila menerima tawaran membintangi rancangan Oh My English Level Up kerana ia merupakan peluang keemasan.

Menurutnya, tawaran tersebut merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan produksi tempatan yang menghasilkan program berbahasa Melayu.

"Saya terima berlakon dalam rancangan ini kerana ia satu program yang sangat bagus dan di England pun jarang ada sitkom yang menyelitkan konsep pembelajaran seperti ini.

"Memang sangat teruja kerana ia merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan produksi tempatan yang menghasilkan program berbahasa melayu.

"Ini juga satu peluang untuk saya mengembangkan bakat lakonan saya," ujarnya.

Sementara itu, menurut pemuda kelahiran England ini, dia memulakan kerjayanya di Malaysia empat tahu lalu sebagai hos program 8TV Quikie.

Mark juga pernah terlibat program seperti Jinny Boy TV dan beberapa program berkonsep travelogue.

Perkembangan lain, Mark akan sibuk dengan penggambaran sebuah program travelogue pada November depan. Kata Mark, menariknya program tersebut mencabarnya menjayakan misi pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal.



Sumber Mark O'Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fFa9k0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.