Hi! Welcome Back and Stay Tune! Demi Misai, Wak Doyok Sanggup Tolak RM1 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Demi Misai, Wak Doyok Sanggup Tolak RM1 Juta

Pernah atau tidak terbayang macam mana wajah Wak Doyok tanpa misai? Namun jangan bermimpi! Kerana Wak Doyok sanggup menolak tawaran RM1 juta semata-mata untuk mengekalkan imejnya itu.

BACA: Wak Doyok Berhabis RM15,000 Demi Pakaian

Wak Doyok yang telah ditemuramah oleh sebuah portal hiburan memberitahu tawaran tersebut merupakan projek kerja amal yang memerlukan dia membuang misai dan jambangnya.

Namun, Wak tidak pernah terfikir untuk mencukur wajahnya kerana itu adalah simbolik identiti dirinya walaupun projek tersebut ada tujuan murni.

Malah, dia turut akan menolak tawaran belakon sekirannya perlu bertindak perkara yang sama.

“Pernah sebelum ini ada pihak tawarkan saya RM1 juta untuk berbuat demikian tetapi saya tolak… tak sanggup!”

“Jika ada tawaran memerlukan saya mencukur jambang dan misai, saya tidak akan terima dan anggap ia bukan rezeki saya,” katanya pada wartawan mStar Online.

Wak yang kini sudah mula bergelar pelakon sejak membintangi Abang Long Fadil 2 berterus terang, bila bercerita tentang dunia lakonan dia tidak kisah mengenai bayaran atau tawaran selagi tawaran tersebut masih kena dengan dirinya.

Kami faham, tanpa misai dan jambang bukanlah Wak Doyok namanya! Apapun selamat maju jaya buat Wak  dalam industri hiburan dan semoga sukses selalu. (rtky/l)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kh09CC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.