Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis mahu kenyataan semua suspek kes bunuh anggota TLDM - KPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis mahu kenyataan semua suspek kes bunuh anggota TLDM - KPN

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan kenyataan daripada semua suspek kes bunuh dua Laskar Kelas 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga percaya terdapat kecuaian dan unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, masih terlalu awal untuk pihaknya menentukan apa-apa selepas mengambil keputusan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

"Pasal ini sebelum ini kita kata kematian mengejut tetapi kita percaya ada beberapa faktor yang menjadikannya sebagai kes jenayah. Kita klasifikannya di bawah Seksyen 302.

"Masih awal hendak kata lebih dari ini, siasatan sedang dijalankan. Kita perlu dapatkan kenyataan daripada semua yang terlibat dalam kes ini," katanya semasa sidang media selepas Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini.

BACA: Dua lagi ditahan kes kematian dua anggota TLDM

TONTON: Tiada siapa akan terlepas - Hishammuddin

Sabtu lepas, dua anggota TLDM meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak.

Mereka yang terlibat dalam kejadian sekitar 3.15 petang Jumaat itu ialah LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatul Iman Mohd Sukri, 26.

Polis mengesahkan keputusan bedah siasat pada pukul 11.30 malam (Sabtu) mendapati kedua-dua mereka meninggal dunia disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pada Isnin, dua lagi anggota TLDM ditahan bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas.

Penahanan itu menjadikan lima anggota ditahan setakat ini.



Sumber Polis mahu kenyataan semua suspek kes bunuh anggota TLDM - KPN

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEx0DV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.