Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Dan Wanita Etnik Bajau Laut Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Ratusan Bangkai Penyu Yang Dibunuh Berselerakan Di Pulau-Pulau.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Dan Wanita Etnik Bajau Laut Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Ratusan Bangkai Penyu Yang Dibunuh Berselerakan Di Pulau-Pulau..


KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya etnik Bajau Laut, ditahan di Semporna hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan haram memburu penyu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pulau Dinawan pagi tadi, manakala wanita lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Amboh-Amboh, Pulau Bum-Bum pada sebelah petang.


“Dijangka lebih banyak tangkapan dilakukan selepas ini.

“Beberapa suspek utama yang telah dikenal pasti dalam siasatan kes ini masih belum dapat ditahan kerana kesukaran untuk mengesan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.


Tuuga berkata pencarian itu membabitkan anggota Polis Marin Semporna, Taman-Taman Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan berikutan penemuan bangkai dan ratusan rangka penyu berselerakan di pulau Bum-Bum yang tular minggu lepas.


Mengenai siasatan kes pembunuhan seekor gajah jantan yang bangkainya ditemui terapung di Sungai Kinabatangan pada 25 September, pengarah Jabatan Hidupan Liar itu berkata usaha menjejaki lokasi pembunuhan gajah itu masih diteruskan selepas individu yang pada awalnya dianggap suspek dalam kes itu, didapati tidak terlibat dengan pembunuhan gajah tersebut.

“Rumah suspek berkenaan digeledah pagi tadi, tetapi tidak menemui bukti yang mempunyai kaitan dengan gajah tersebut.


“Pencarian itu bagaimanapun menemukan sebahagian daripada spesies lain yang dilindungi, iaitu rusa sambar dan babi berjanggut,” katanya.

Dalam operasi yang turut membabitkan renjer Jabatan Hidupan Liar dan polis Kinabatangan itu, Tuuga berkata dua lelaki Indonesia ditahan bagi siasatan lanjut kerana memiliki secara haram, bahagian haiwan yang dilindungi.-PENMERAHPRESS


Sumber: Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRdHKB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.