Lelaki Ini ‘Membawa’ Poster Ibu Bapanya Yang Sudah Tiada Untuk Bergambar Dan Meraikan Hari Majlis Persandingannya..
KAHERAH – Bagi sesetengah kita, ibu bapa masih terasa dekat di hati meskipun mereka sudah lama meninggalkan alam fana. Begitulah yang turut dirasakan oleh seorang pengantin lelaki di Mesir.
Malah, demi perasaan cintanya yang mendalam kepada ibu bapanya, beliau ‘membawa’ kedua-dua mereka yang sudahpun meninggal dunia untuk hadir ke majlis persandingannya – tetapi dalam bentuk poster saiz sebenar.
Dalam catatan menerusi akaun Facebook yang penuh emosi, menurut laman Al Arabiya, Omar Gedo, menulis mengenai bagaimana beliau tidak pernah membayangkan untuk meraikan hari pernikahannya, tanpa ibu bapa.
“Jika dapat diputar kembali masa, saya tidak akan meninggalkan ibu bapa saya dan akan meluangkan lebih banyak masa untuk berbual dengan mereka,” tulisnya seperti dipetik oleh portal berita antarabangsa bahasa Arab itu.
“Jagalah ibu bapa anda dengan baik, duduk dan luangkan seberapa banyak masa bersama mereka, berbual dan biarkan mata anda menikmati masa untuk melihat kedua-duanya ketika mereka masih hidup lagi,” catat Omar.
Pada majlis bersejarah tersebut, menurut Al Arabiya, lelaki tersebut mahu memberi penghormatan kepada mereka dengan menghasilkan gambar beranimasi bagi kedua-dua ibu bapanya seolah-olah sedang berpegangan tangan.
Omar turut dilihat memuat naik menerusi media sosial sedang ceria bergambar dengan poster bersaiz sebenar itu – sekali gus mengambil foto dengan ‘ibu bapanya’ di atas pentas sambil dikelilingi tetamu majlis berkenaan.
Luahan hatinya itu turut dihargai oleh ramai pengguna media sosial, apabila netizen memuji idea unik tersebut sambil mengirimkan doa kepada kedua-dua ibu bapa Omar yang telah lama meninggal dunia.
“Catatan anda membuat saya benar-benar tersentuh, ibu bapa saya juga sudah meninggal dunia, dan saya berharap mereka dapat kembali walaupun untuk sehari,” tulis seorang pengguna. – Agensi/Penmerahpress
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xg3tz7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment