NAJIB TAK TAKUT ROSMAH, TAPI ADAKAH NAJIB LEBIH BERANI DARIPADA ROSMAH?
Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menyebut, Najib Razak tidak takut kepadanya.
“Najib tidak takut pada saya. Apa yang saya ajukan kepada beliau, praktikal dan pilihan.
“Jadi, kalau kita kata apa-apa, bukan suami takut pada kita tapi kita buat untuk rakyat hidup dengan lebih baik,” kata Penaung Permata itu.
Tidak pasti apakah tujuan Rosmah menyebut tentang Najib takutkan beliau itu kerana ketika ini tidak ada sesiapa pun lagi sekerap dulu memperkatakan isu tersebut.
Bagi rakyat Malaysia, ia adalah isu lama yang hanya diperkatakan ketika Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri dahulu.
Apakah Rosmah sengaja menyebut isu itu dengan tujuan menarik perhatian agar dirinya sentiasa diperbualkan dan beliau memang suka dirinya selalu diperkatakan?
Atau adakah Rosmah sengaja membangkitkan soal Najib tidak takut kepadanya itu kerana Belanjawan 2018 akan dibentangkan Najib tidak lama lagi dengan harapan Menteri Kewangan sentiasa ingat mengenai peruntukan Permata yang dimintanya?
Hmmmm….kadang-kadang politik orang dapur agak tinggi juga, walaupun selalu mengaku dirinya sebagai suri rumah saja.
Benarkah Najib tak takut dengan Rosmah?
Mungkin betul Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah Rosmah takut kepada Najib?
Kalau Najib tak takut kepada Rosmah diberitahu secara terbuka, tapi bagaimana jika diam-diam Rosmah pun tak takut kepada Najib?
Sayangnya, sementara Rosmah mengatakan Najib tak takut kepadanya, tidak pula Rosmah menyatakan beliau takut kepada Najib.
Mungkin juga betul Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah Rosmah menakutkan Najib?
Najib, seperti yang selalu diketahui umum, wataknya selalu senyum dan hanya kadang-kadang kelihatan murung.
Muka marah atau menakutkan hampir tidak pernah tergambar pada wajahnya.
Beliau dikatakan selalu menyimpan marahnya, hanya muka dan telinganya yang kemerah-merahan saja akan terpamer ketika marah.
Oleh itu, pernahkah Najib tampil dengan wajah yang menakutkan Rosmah?
Atau Rosmah lebih kerap menunjukkan muka marah dan menakutkan kepada Najib?
Mungkin ada betulnya Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah Rosmah selalu memberi ketakutan kepada Najib?
Di antara Najib dan Rosmah, siapakah yang selalu memberi ketakutkan antara satu sama lain?
Najib memberi ketakutan ketakutan kepada Rosmah atau Rosmah memberi ketakutan kepada Najib?
Akhir sekali, mungkin betul Najib tak takut kepada Rosmah, tetapi adakah beliau selalu lebih berani terhadap Rosmah atau kerapkali kalah dan mengalah kepada isterinya itu?
Bila agaknya kita akan mendengar ungkapan lebih kurang begini darioada Najib – “Saya adalah keturunan Bugis, Tun Mahathir Mohamad pun saya takut, Rosmah lagilah saya tak pernah takut?”
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y0yWcM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment