Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nilai kehidupan perlu dipupuk dari bangku sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nilai kehidupan perlu dipupuk dari bangku sekolah

KUALA PILAH: Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai kehidupan yang baik bermula dari bangku sekolah bagi melahirkan masyarakat berakhlak mulia, berpekerti tinggi dan berilmu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nilai kehidupan antara lain termasuk seperti menghargai masa, beradab, berilmu dan berdisiplin penting diterapkan kepada pelajar di alam persekolahan kerana ini merupakan masa dan umur yang sesuai untuk membentuk sahsiah mereka.

"Sekolah diibaratkan satu tapak semaian anak benih di mana kita perlu memastikan benih (pelajar) yang macam mana kita nak hasilkan dan ini dah menjadi tanggungjawab bukan sekadar guru malah ibu bapa dan masyarakat.

Marilah kita bersama membina sebuah masyarakat yang terbaik untuk diwarisi oleh generasi berikutnya agar negara dapat diterajui dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya di Majlis Anugerah Perdana Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja'afar (SMSTJ) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata untuk menghasilkan generasi yang berjaya, sudah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mencurah khidmat bakti kepada anak bangsa dengan berkongsi ilmu serta pengalaman yang ada sambil dibantu tenaga pengajar atau guru.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Dr Roslan Md Taha, Pengetua SMSTJ, Aini Md Jadi dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSTJ, Datuk Abdul Samad Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata PIBG dan masyarakat perlu bersama dalam memastikan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar tidak berlaku seperti penyalahgunaan dadah dan juga kegiatan jenayah.

"Contoh yang kita boleh ambil ialah kanak-kanak berumur belasan tahun yang merancang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur dan juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Saya berfikir dengan perspektif yang berbeza, adakah ini contoh generasi yang akan menerajui negara satu hari nanti...oleh itu peranan semua pihak amat penting dalam menghasilkan benih (pelajar) yang baik demi masa depan negara," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Nilai kehidupan perlu dipupuk dari bangku sekolah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fRJSTb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.