Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pentas Akhir Da’i Musim Ke-5 Raih 3.6 Juta Penonton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pentas Akhir Da’i Musim Ke-5 Raih 3.6 Juta Penonton

Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 telah melabuhkan tirainya setelah Pentas Akhir bersiaran langsung selama dua jam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam Ahad lalu.

Seramai 3.6 juta penonton telah menyaksikan upacara penobatan Da’i Hakim sebagai Juara Da’i Penakwah Nusantara Musim Ke-5, diikuti dengan Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi yang telah merangkul tempat kedua dan ketiga. Selain itu, Da’i Aiman telah dipilih oleh penaja utama, Almas Beauty and Health sebagai Da’i Pilihan Almas.

Sebagai Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 (Da’i 5), Da’i Hakim telah membawa pulang Trofi Juara Da’i 5, wang tunai berjumlah RM50,000 daripada TV3, serta sebuah pakej umrah untuk dua orang sumbangan daripada Almas Beauty and Health Sdn Bhd.

Manakala, Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi telah memenangi wang tunai berjumlah RM5,000, trofi Da’i 5, serta sebuah pakej Pelayaran Penyucian Jiwa juga merupakan sumbangan daripada penaja utama, Almas Beauty & Helath Sdn Bhd.

Sebahagian lain daripada sumbangan penaja utama adalah anugerah Da’i Pilihan Almas yang telah dimenangi oleh Da’i Aiman, turut mendapat sebuah pakej Pelayaran Penyucian Jiwa.

Tirai Pentas Akhir Da’i ini telah dibuka dengan persembahan lagu tema Da’i “Lebaran Kejayaan” oleh Azmi Saat (Caliph Busker) dan peserta-peserta Da’i musim ke-5, diikuti dengan pengenalan tetamu nusantara, Ustaz Irwan Hadi iaitu Naib Pengarah Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam, Singapura.

Persembahan finalis pula menyusul sehingga waktu pengumuman pemenang Da’I Pendakwah Nusantara musim kelima di penghujung rancangan. Namun, sebelum pengumuman pemenang itu, Rabbani dan Black telah membuat persembahan selingan dengan lagu “Dalam Aku”.

Persembahan finalis Da’i pada malam tersebut amat berbeza berbanding minggu-minggu sebelum ini kerana merangkumi dua tema persembahan. Setiap peserta telah diberikan masa selama 5 minit untuk tema pertama persembahan tazkirah mereka iaitu “Masyarakat Kini” dan 3 minit untuk persembahan di pusingan kedua dimana tazkirah mereka berkisar daripada soalan-soalan yang diajukan oleh juri tetap, Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Seperti musim-musim sebelum ini, finalis perlu mengharungi dua pusingan persembahan dan satu sesi penyingkiran setelah selesai pusingan pertama. Pada malam itu, Da’i Fahmi telah diumumkan tersingkir kerana mempunyai markah tercorot pada pusingan pertama, namun diselamatkan oleh ‘Kuasa Imuniti’ Mursyid Datuk Ustaz Kazim Elias dan mara ke pusingan kedua.

Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid. Di mana tugasnya adalah untuk menasihati para Da’i juga merangkap sebagai ketua tenaga pengajar. Murabbi yang terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al- Hafizah pula, merupakan tenaga pengajar utama peserta Da’i yang akan meluangkan masa bersama mereka sepanjang program ini berlangsung.

Di samping itu, peserta Da’i juga akan turut menimba ilmu daripada juri-juri tetap pada setiap siaran langsung program ini. Juri-juri tetap yang akan bersama
mereka adalah Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Sistem pemarkahan untuk musim ini adalah 70% dari juri tetap, iaitu daripada Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail masing-masing akan mengadili dari sudut isi dan hafazan sebanyak (35%), manakala (35%) lagi adalah melalui personaliti serta gaya persembahan.

Sebanyak 20% akan diberikan oleh Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Al-Hafizah. Akhir sekali, 10% dari juri awam yang diundang pada setiap episod.

The post Pentas Akhir Da’i Musim Ke-5 Raih 3.6 Juta Penonton appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kkw98O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.