Hi! Welcome Back and Stay Tune! PMI Perkhidmatan UK Melonjak Pada Bulan September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PMI Perkhidmatan UK Melonjak Pada Bulan September

IHS Markit hari ini melaporkan sektor terbesar perkhidmatan UK berkembang dengan kadar yang lebih cepat pada bulan September, mengurangkan kebimbangan terhadap ekonomi dan menyokong kenaikan kadar faedah.

Data indeks PMI perkhidmatan UK naik 53.6 pada bulan September, lebih tinggi daripada bacaan bulan sebelumnya di paras 53.2.

Bacaan indeks di atas 50.0 menunjukkan perkembangan positif pada industri, dan begitu juga sebaliknya.

Pembekal perkhidmatan masih tertekan dengan kos operasi yang naik mendadak, yang disebabkan oleh peningkatan inflasi harga sejak April.

Pada masa yang sama, permintaan domestik yang perlahan juga menjadi penghalang kepada perkembangan aktiviti, dengan peningkatan pesanan baru bergerak perlahan sejak 13 bulan lalu.

Chris Williamson, Ketua Ekonomi IHS Markit mengatakan, “Ketiga-tiga kajian PMI menunjukkan GDP UK hanya berkembang sebanyak 0.3 peratus pada suku tahun ketiga, dan bacaan pada suku tahun keempat dijangka akan lebih perlahan.”

Beliau berkata, “Tekanan harga yang meningkat turut menguatkan lagi jangkaan Bank pusat England (BoE) untuk terus dengan retorik hawkish mereka di samping menaikan kadar faedah”,

Matawang GBP/USD naik ke paras 1.3277 daripada  1.3255 selepas data dikeluarkan, manakala EUR/GBP pula susut kepada 0.8860 daripada harga 0.8875.

The post PMI Perkhidmatan UK Melonjak Pada Bulan September appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYj0HD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.