Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM1 Juta Untuk Laksana Projek Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM1 Juta Untuk Laksana Projek Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu



KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan dana berjumlah RM1 juta untuk pelaksanaan projek penyelidikan lada sarawak di Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu atau Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata projek itu merupakan sebahagian usaha kerajaan membantu petani dan geran akan ditambah sekiranya keadaan memerlukan.

Menerusi program itu, UPM akan berkongsi kemahiran termasuk dalam penyelidikan dan inovasi bagi membantu meningkatkan pengeluaran lada Sarawak yang terkenal sebagai paling berkualiti, katanya berucap merasmikan program itu, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mary Yap Kain Ching; Menteri Muda Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapaee, Naib Canselor UPM Datin Paduka Dr Aini Ideris, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia Dr Harry Entabang.

Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu merupakan projek penyelidikan melibatkan kerjasama strategik dan efektik antara tiga pihak iaitu UPM dan KPT serta Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dan Lembaga Lada Malaysia.

Sementara itu, Aini berkata kerjasama penyelidikan strategik itu akan membangunkan tanah seluas 10 hektar di UPM Bintulu secara berfasa bermula bulan ini.

Katanya empat program utama akan diusahakan iaitu program penanaman lada, program perlindungan lada, program teknologi hiliran dan program dimensi kemanusiaan.

"Ladang lada ini akan dibangunkan dengan amalan penanaman baik dan lestari selain dijangka menarik minat serta menjadi tumpuan pekebun-pekebun lada, usahawan, saintis, pelabur, dan pelajar.

"Kami percaya projek ini akan menjamin kelestarian penanaman lada hitam di Malaysia dan seterusnya menyokong matlamat negara untuk meningkatkan keluasan ladang dari 14,000 hektar kepada 20,000 hektar menjelang 2020 sekali gus menjadi negara pengeluar utama lada hitam dunia," katanya.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNkLnG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.