Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) Peter Bellew akhirnya memberi reaksi mengenai tindakannya meninggalkan MAB dan menyertai semula majikan lamanya, Ryanair.

Bellew hari ini dalam satu kenyataan peribadi yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada pihak media menjelaskan mengapa beliau bertindak keluar dari MAB.

Bellew berkata ‘cinta kepada negara’ mendorong beliau untuk kembali semula ke Ryanair, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu memerlukan bantuannya dalam menghadapi "cabaran yang lebih besar" di masa hadapan.

“Jadi mengapa saya pergi? Negaraku. Saya masih sayang kepada negara saya. Dan ini memaksa saya pulang ke Ireland.

"Saya terima panggilan daripada Ryanair pada lewat malam dua minggu lalu untuk melantik saya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

"Ryanair ialah syarikat terbaik di Ireland. Mereka memerlukan pertolongan saya dan cabaran yang dilemparkan adalah tinggi,” katanya.

Pengumuman dari syarikat penerbangan Ireland di London Stock Exchange pada Selasa mengesahkan bahawa Bellew akan menyertai semula Ryanair sebagai COO.

Dalam kenyataan itu juga, Bellew menyarankan agar jenama Malaysia Airlines tidak diubah.

“Terlalu banyak telah dibuat di media global dan juga agensi pelancongan serata dunia untuk membina warisan ini. Pelanggan sayang dengan Malaysia Airlines.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa kejayaan MAS akan tercapai tidak lama lagi.

“Ia memerlukan hanya 4 ke 5 peratus penambahbaikan dalam pendapatan agar syarikat ini mencapai keuntungan. Bukan mudah, tetapi di suku kedua, pendapatan naik sebanyak 7 peratus.

"Rakyat boleh lihat sendiri produk Malaysia Airlines semakin pulih. Pesawat lebar baharu, lounge baharu, program loyalti baharu, laman web baharu, operasi di Kuala Lumpur yang lebih mantap,” katanya.

Bagaimanapun, bahagian terpenting daripada kenyataan Bellew adalah menangkis laporan yang mendakwa ada campur tangan kerajaan dalam tugasnya.

"Biar saya jelaskan. Khazanah adalah syarikat pelaburan Malaysia yang dikaitkan dengan Kerajaan. Mereka telah menyokong saya secara peribadi dan korporat. Tiada campur tangan berlaku,” katanya.

BACA: 'Mengapa saya pergi? Negaraku. Saya masih sayang kepada negara saya' - Peter Bellew



Sumber "Tiada campur tangan" - Bellew jelaskan mengapa beliau tinggalkan MAB

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yrAVax

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.