Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Suamiku Seorang Wanita'.- Sanggup Guna Kad Pengenalan Palsu Dan Menyamar Jadi 'Lelaki' Supaya Dapat Menipu 'Isteri' Untuk Berkahwin.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Suamiku Seorang Wanita'.- Sanggup Guna Kad Pengenalan Palsu Dan Menyamar Jadi 'Lelaki' Supaya Dapat Menipu 'Isteri' Untuk Berkahwin..


UMUM sudah mengetahui, Indonesia merupakan negara dengan populasi penduduk Islam paling ramai di dunia dan undang-undang terhadap kegiatan homoseksualiti juga teramatlah ketat.


Namun, bagaimana pula jika si ‘suami’ berjaya menipu identitinya dan telah berkahwin dengan seorang wanita?

Itulah insiden yang terjadi di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia beberapa minggu lalu.


Seorang gadis yang dikenali sebagai Syarifah Nurul Husna, 20, akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17 September yang lalu.


Namun, perkahwinan yang diidamkan Syarifah itu nampaknya berakhir pada malam pertama apabila dia mendapati ‘suami’nya itu rupanya seorang wanita!

Syarifah terus memberitahu keluarganya tentang perkara itu selepas mendapati suami yang baru dinikahinya itu mempunyai alat kelamin wanita.

Akibat berang, Rahmat dibawa ke balai polis dan akhirnya mengaku yang sebenarnya dia juga wanita seperti isterinya itu.


Menurut Tribunnews.com, Rahmat yang kononnya seorang lelaki mengakui dia menggunakan kad pengenalan palsu demi mengahwini Syarifah dan menyembunyikan nama sebenarnya iaitu Rahmayani.


Khabarnya, pasangan itu telah menjalin hubungan cinta selama enam bulan sebelum Rahmayani meminang Syarifah.

Dalam pada itu, Maemuna yang juga ahli keluarga Syarifah terkejut dengan perkhabaran yang diterimanya kerana sebelum ini gaya dan suara Rahmayani saling tak tumpah seperti seorang lelaki sejati.

“Kami tidak tahu dia seorang perempuan dan terus menerima lamarannya.

“Dia juga menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera jantinanya adalah lelaki,” katanya dipetik Tribunnews.com.

Kisah perkahwinan mereka menjadi tular dalam kalangan netizen di Indonesia selepas seorang pengguna laman Facebook memuat naik gambar perkahwinan tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNMt8J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.