Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selamat Tinggal F1 Sepang! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selamat Tinggal F1 Sepang!

Pada tahun 1999, Mantan Perdana Menteri,Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Litar Lumba Formula 1 Sepang. Idea untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 dicetuskan oleh beliau pada tahun 1996 dan usaha-usaha untuk menjayakan hasrat tersebut akhirnya membawa kepada pembinaan Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) yang menelan belanja sebanyak RM286 juta. Siap dibina pada November 1998 dan perlumbaan pertama telah diadakan pada 12 Disember 1998.

Litar sepanjang 5.542 kilometer itu direka khas untuk siri perlumbaan bertaraf dunia khususnya membabitkan Formula 1, Grad Prix Motosikal Dunia serta lain-lain sukan lumba bermotor. Arkitek berbangsa Jerman, Hermann Tilke mereka sebanyak 30,000 tempat duduk berbumbung, 100,000 penonton di tempat terbuka serta kemudahan litar dikendalikan oleh komputer sepenuhnya. Kemudahan yang gempak ini mendorong Persekutuan Automobil Antarabangsa menganugerahkan hak penganjuran perlumbaan Formula 1 kepada Malaysia dan anugerah itu merupakan satu penghormatan besar kepada negara.

Penganjuran F1 adalah ketiga terbesar selepas Sukan Olimpik dan Piala Dunia FIFA. Kereta F1 ini antara kereta lumba yang terpantas di dunia dan boleh mencapai kelajuan lebih daripada 350 km/j, dan mampu menarik sehingga 5g di sesetengah selekoh. Sejak tahun 1983, F1 yang disertai oleh pakar perlumbaan seperti Williams, McLaren dan Benetton yang menggunakan enjin tajaan pengeluar kereta besar seperti Honda, Renault dan Ford. Pada tahun 2006, Renault, BMW, Toyota, Honda dan Ferrari lebih banyak menang dengan merangkul lima daripada enam tempat teratas dalam kejuaraan pengeluar kereta. Pengecualian tunggal itu adalah McLaren yang sebahagiannya dimiliki oleh Mercedes Benz.

Eddie Irvine dari pasukan Ferrari merangkul tempat pertama pada perlumbaan pertama di litar Sepang sementara Juan Pablo Montoya, dari pasukan Williams F1 milik negara British, mencatat masa terpantas 1:34.223 pada tahun 2004. Litar F1 yang tidak asing dengan nama Michael Schumacher dan Ferrari yang telah menang lima kejuaraan berturut-turut antara 1999 hingga 2004. Namun, pada tahun seterusnya, pemandu Renault, Fernando Alonso telah memecahkan rekod Schumacher.

Namun, tahun ini merupakan tahun akhir penganjuran perlumbaan F1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran sejak 1999. Dengan tamatnya penganjuran ini akan membolehkan kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran lain.



Sumber Selamat Tinggal F1 Sepang!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ga3oYa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.