Siapa Lebih Hebat Samsung Galaxy Note 8 vs iPhone 8 Plus?
Kesan bokeh iPhone 8 Plus (kanan) kelihatan lebih baik berbanding Galaxy Note 8. (Gambar: DxOmark)
Selagi anda mengikut ‘undang-undang pengambaran’ seperti aspek fokus, pendedahan cahaya, komposisi dan suntingan, maka kualiti imej dihasilkan pasti menarik.
Namun, aspek pengambaran juga harus selari dengan keupayaan kamera itu. Malah, sensor telefon pintar turut memainkan peranan penting untuk memberikan kawalan penuh secara auto mahupun manual.
Bagi tahun ini, Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone 8 Plus diiktiraf terbaik dipasaran apabila diberi markah tertinggi dalam skor ujian DxOmark. Kedua-dua telefon pintar ini menerima markah keseluruhan iaitu sebanyak 94 markah merangkumi skor bagi pengambaran dan juga kualiti video.
NOTE 8 CAPAI 100 PERATUS
Kedua telefon pintar ini menggunakan dua sensor 12 Megapixel (MP) dengan keupayaan optikal zum. Galaxy Note 8 menggunakan apertur f/1.7 dan f/2.4 manakala iPhone 8 Plus f/1,8 dan f/2.8. Bagi pengambaran imej, Galaxy Note 8 menerima skor tertinggi dengan markah penuh 100 peratus.
Menurut DxOmark, imej dihasilkan Note 8 amat baik terutama bagi kualiti zum. Bagi anda yang kerap menggunakan fungsi ini, pilihan terbaik adalah Galaxy Note 8. Selain itu tahap kelajuan untuk memfokus imej menjadikan Note 8 sebagai kamera yang terbaik setakat ini dalam aspek berkenaan.
Bagi iPhone 8 Plus ia menyerlah dalam aspek pengawalan pendedahan cahaya dan juga kontras.Untuk keseluruhan Note 8 menerima skor sebanyak 100 peratus manakala iPhone 8 plus sekadar 96.
Aspek yang lain diteliti oleh DxOmark adalah kesan kabur di belakang subjek atau lebih dikenali sebagai bokeh. Peranti iPhone 8 Plus menerusi ‘Potrait Mode’ menerima skor lebih tinggi iaitu sebanyak 55 skor berbanding Note 8 dengan ‘Live Focus’ sekadar 45. Kedua-dua peranti ini masih bermasalah dalam mendapat kesan bokeh secara konsisten.
SIAPA 'RAJA' PENGGAMBARAN VIDEO
Biarpun Galaxy Note 8 mempunyai Optical Image Stabilization (OIS) pada kedua-dua kamera tetapi ia dikatakan masih tidak mencukupi untuk bersaingan iPhone 8 Plus. Apple iPhone 8 Plus menyerlah dalam aspek ‘exposure dan contrast’ serta ketepatan warna dalam pengambaran video. Penstabilan juga amat baik berbandingan Note 8.
Galaxy Note 8 kehilangan mata dalam aspek ini apabila keupayaan ‘dinamic range’ agak kurang. Malah pengguna terpaksa menggunakan fungsi ‘autofocus tracking’ secara manual. Markah bagi pengambaran video iPhone 8 Plus adalah 89 manakala Galaxy Note hanya 84.
Secara keseluruhannya, Galaxy Note 8 adalah lebih baik untuk pengambaran imej manakala iPhone 8 menyerlah dalam aspek video. Namun, jurang skor antara kedua-dua peranti ini hanya dibezakan dengan empat markah dalam aspek pengambaran imej dan video.
Secara ringkasnya, dua peranti ini adalah terbaik untuk anda yang mementingkan kualiti kamera. Satu perkara perlu diingatkan lagi, penghujung tahun ini juga dunia telefon pintar akan menerima ‘keluarga’ baru. Apple iPhone 10, Huawei Mate 10 dan Google Pixel XL mungkin akan mengubah kedudukan ini.
Untuk pemarkahan dan analisis dalam ulasan kamera telefon pintar dijalankan DxOmark ini, jurutera mereka mengambil dan menilai lebih 1500 imej dan lebih 2 jam video.
Sumber Siapa Lebih Hebat Samsung Galaxy Note 8 vs iPhone 8 Plus?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gaaEmP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment