Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buat AGM Kerana Terpaksa, Bukti PPBM Tidak Bersedia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buat AGM Kerana Terpaksa, Bukti PPBM Tidak Bersedia




PENASIHAT Undang-Undang Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Mohamed Haniff Khatri Abdulla sendiri mengakui bahawa parti Mahathir itu terpaksa mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya kerana parti tersebut berhadapan dengan kemungkinan pembatalan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Kenyataan beliau tersebut seolah-olah mengambarkan bahawa PPBM tidak bersedia untuk wujud dalam arena politik tanahair memandangkan mereka tidak secara rela mematuhi peraturan yang digariskan oleh kepimpinan parti tersebut sendiri.

Ironinya hingga kini parti tersebut masih belum mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian ataupun cawangan memandangkan struktur parti itu masih terlalu kabur. Mana mungkin sebuah parti yang kabur mampu memperjuangkan masa depan rakyat.

Pada 21 November lalu, beberapa pemegang jawatan PPBM menemui Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim untuk mendapatkan nasihat mengenai cara mengadakan AGM memandangkan perlembagaan parti itu menyatakan hanya perwakilan dipilih boleh menghadiri AGM itu.

Malah cawangan PPBM juga boleh dikatakan belum ditubuhkan dengan betul memandangkan JPPM hanya meluluskan penubuhan bahagian dari Julai lalu dan parti itu juga dalam proses menubuhkan cawangannya.

Esok mereka akan mengadakan mesyuarat tahunannya di Shah Alam. Ianya terlambat 4 bulan dari tarikh sepatutnya dan mencetuskan banyak persoalan. AGM bahagian hanya boleh diadakan dengan kehadiran perwakilan dari peringkat cawangan namun cawangan pun belum diluluskan.

AGM ini dijangka dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam dengan ucapan daripada Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun persoalannya adakah perwakilan tersebut sah dari segi perundangan.

Perkara tersebut bukan satu-satu isu yang melanda PPBM malah parti Mahathir tersebut turut menghadapi masalah dengan kewujudan secara tidak sah sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang selama ini menjadi kebanggan Syed Saddiq.

Semakan menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan Armada langsung tidak wujud dalam PPBM sebagai sayap parti pembangkang berkenaan. Bekas exco Armada PPBM, Mohamad Taufik Abas berkata, beliau serta ahli-ahli Armada lain ternyata telah diperdayakan oleh kepemimpinan parti itu kerana perlembagaan parti hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap pemuda, wanita dan srikandi.

Rakyat Malaysia tahu bahawa PPBM ditubuhkan dalam keadaan tergesa-gesa dalam usaha kepimpinan parti tersebut mengenengahkan agenda peribadi mereka. Kepincangan ketara yang melanda parti itu telah memburukkan lagi keadaan. Jangan terkejut jika PPBM akan dibubarkan dalam masa terdekat oleh kepimpinan kanan parti tersebut sendiri. - MYKMU

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lw4dMF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.