Politik Malaysia Umpama Undang-Undang Catur Yang Cuba Diubah Pembangkang – Dr Muhammad
Penganalisis politik tempatan, Prof Madya Datuk Dr Muhammad Hussin melihat politik di negara ini umpama permainan catur yang mana mempunyai undang-undang serta tatacara permainannya tersendiri sejak sekian lama.
Namun katanya sejak akhir-akhir ini melihatkan kepada ‘trend’ pihak pembangkang, mereka dilihat cuba mengubah tatacara serta undang-undang permainan berkenaan dalam usaha meraih kemenangan.
“Cabaran UMNO dan Barisan Nasional (BN) memang besar. Dan parti terbabit menghadapi teknan pelbagai sudut kerana orang yang menyerang ada kepentingan masing-masing. Politik Malaysia ini macam caturlah. ‘Rules of game’ dah disediakan sejak sekian lama.
“Ada king, ada askar dan macam-macam lagi…askarnya sudah ditetapkan harus bergerak bagaimana dan king pula bergerak bagaimana. Apabila melihat pelbagai serangan oleh pembangkang hari ini mereka nampaknya bukan untuk bermain di dalam set catur yang ada, mereka mahu mewujudkan set catur yang baru dengan rules of game yang berbeza dan lari daripada peraturan yang sedia ada.
“Kalau kita terikut kita akan bermain dengan set catur yang baru ini dan apabila bermain dengan rules of game mereka sudah tentulah pembangkang yang akan mendapat kelebihan. Namun saya fikir tidak beri banyak kesan kepada UMNO,” katanya menerusi Diskusi UMNO-Online Anda Tanya, Kita Jawab, semalam.
Katanya lagi keyakinan berkenaan adalah berasaskan kepada kelebihan yang ada pada UMNO berbanding dengan parti pembangkang.
“UMNO walaupun menghadapi pelbagai cabaran mereka mempunyai struktur yang tersendiri. Daripada atas terus sampai ke bawah segala maklumat dan pelbagai pelaksanaan lain yang ingin dilaksanakan…tidak ada struktur tersusun tentunya sukar untuk laksanakan,” ujarnya.
Beliau seterusnya melontarkan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang kerana pembangkang sekadar dilihat memberi tumpuan terhadap isu-isu di peringkat nasional.
Tambahnya mereka tidak mendasari seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan hari ini yang memberi tumpuan kepada kedua-dua perkara berkenaan baik isu diperingkat nasional mahu pun isu tempatan.
“Saya optimistic BN akan memerintah lagi kerana walaupun pembangkang nampak menguasai isu-isu nasional tetapi mereka tidak menyentuh isu-isu tempatan. Ada isu-isu tempatan seperti guru sebagai contoh telah diselesaikan oleh kerajaan.
“Kerajaan menjuarai isu-isu tempatan lain seperti surau, jalan raya dan pelbagai infrastrutur serta keperluan lain masyarakat setempat . Sebab itu pada saya, oleh kerana pembangkang tidak ada mekanisme yang sesuai untuk fokus isu-isu tempatan seperti yang diperkatakan itu, mereka beralih kepada isu-isu nasional.
“Ambil contoh kawasan Bangi hari ini makin sesak seolah-olah ‘town planning’ tidak ada. Dulu Bangi misalnya tidak ada bangunan tinggi-tinggi namun sekarang ini naik macam-macam dan ianya boleh dikatakan menganggu keseimbangan. Sebab itu saya katakan mereka tidak menjuarai isu-isu tempatan dan sekadar perjuangkan isu-isu nasional untuk menutup kelemahan mereka di dalam menjuarai isu-isu tempatan,” katanya. -MediaUMNO
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CqPpqB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment