Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Muda Di Malaysia Cenderung Alami Masalah Mental - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Muda Di Malaysia Cenderung Alami Masalah Mental




Masalah mental ini seperti sudah menjadi satu trend yang membimbangkan terutamanya dalam kalangan golongan muda. Malah, kes-kes kemurungan ini juga sering berlaku pada figura terkenal seperti selebriti.

Malah, kesihatan mental ini cenderung dialami oleh wanita ekoran golongan ini tidak terbuka untuk bercerita tentang kisah kehidupan mereka kepada orang lain.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pada kebiasaannya, jika menghadapi masalah golongan ini suka memendam perasaan mereka.

“Berbanding golongan lelaki yang mempunyai masa bersosial dan bertemu rakan mereka dengan bercerita di kedai kopi, manakala wanita tidak mempunyai masa seperti itu dan hanya meluangkan masa di rumah selepas pulang dari tempat kerja.

“Secara umumnya golongan wanita berusia antara 17 hingga 22 tahun mempunyai tekanan berterusan dan mereka yang paling berisiko mengalami masalah kesihatan mental,” katanya.

Beliau berkata, kesihatan mental ini sering disalah anggap sebagai gila namun ia merupakan perubahan sikap jika sebelum ini seseorang itu ceria, dia akan berubah sikap dan lebih suka menyendiri, tidak bercakap dan termenung.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan masalah kesihatan terutamanya kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan seseorang itu menjadi semakin menurun.

Jika masalah kemurungan ini tidak ditangani secara baik ia akan mendorong seseorang itu untuk melakukan tindakan membunuh diri.

Antara sebab-sebab terjadi kemurungan adalah kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga. Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.

Penyakit kronik, contohnya Epilepsi (Sawan), asma dan kanser. Penyalah gunaan dadah dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.

Oleh itu, bagi mencegah wanita Malaysia mengalami masalah mental seluruh masyarakat perlu bersama-sama membantu golongan seperti ini dengan membawa mereka mendapatkan bantuan pakar. –utaranews

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EmUQY6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.