Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kantoi! Hotel Mewah 5 Bintang Di China Guna Berus Tandas Untuk Mencuci Cawan Dan Pinggan Mangkuk.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kantoi! Hotel Mewah 5 Bintang Di China Guna Berus Tandas Untuk Mencuci Cawan Dan Pinggan Mangkuk..



TIGA hotel terkenal di timur laut China gagal dari aspek kebersihan asas selepas kakitangan pembersihannya dirakam menggunakan berus cuci tandas untuk mencuci cawan dan pinggan mangkuk, media negara itu melaporkan.

Pengawas perbandaran bagi kebersihan, pelancongan, makanan dan keselamatan dadah di Harbin, wilayah Heilongjiang mengesahkan penyiasat membuat kesimpulan bahawa rakaman yang dikeluarkan oleh Video Pear pada Selasa adalah asli dan hotel-hotel tersebut telah diberi amaran untuk memastikan ia tidak berulang lagi.

The investigation filmed a cleaner (above) who allegedly worked at the Kempinski Hotel Harbin

Menurut Beijing Youth Daily, tukang cuci di tiga hotel di bandar itu - Sheraton, Shangri-La dan Kempinski telah dirakamkan melanggar proses standard pembersihan hotel untuk bilik tetamu.


Pekerja pembersihan di Shangri-La dan Kempinski telah dirakamkan mencuci cawan bilik dengan berus tandas. Mereka juga membasuh tuala di tandas sebelum menggunakannya untuk membersihkan lantai.

Sementara itu tukang cuci di Sheraton pula telah dirakam menggunakan berus yang sama untuk membersihkan besen air dan tandas.

The video also shows her dipping a bath towel into the toilet before using it to clean the floor

The same Kempinski hotel cleaner is caught using a bath towel to dry a tea cup during her shift

Pekerja di ketiga-tiga hotel itu telah mengadu mengenai beban kerja mereka yang berat, menurut laporan itu.

A worker at the Sheraton is accused of using the same brush to clean the sink and toilet

The Shangri-La worker is seen scrubbing the bath tub and the toilet using the same brush

The video shows the Shangri-La worker using the same brush to clean a few tea cups 

Video itu diambil dengan kamera tersembunyi oleh seorang wartawan Pear Video yang bekerja di hotel-hotel tersebut sebagai pelatih.


Harga bilik di ketiga-tiga hotel itu untuk satu malam adalah antara 700yuan hingga 2,700 yuan (AS$105 hingga AS$ 410).

Selepas pemeriksaan bersama, pihak berkuasa bandar telah mengesahkan kesahihan laporan itu dan mengarahkan tiga hotel tersebut untuk menangani masalah ini.

Then the worker is caught on camera washing the cloth using the water in the toilet

The report claims a worker from Shangri-La hotel using the same cloth to clean cups and bins

Hotel-hotel lima bintang Beijing telah melancarkan siasatan ke atas tuduhan cadar kotor.

Menurut laporan, mereka juga didenda tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Akaun media sosial rasmi Kempinski Harbin melahirkan rasa kesal atas kejadian itu dan berjanji akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkannya daripada berlaku lagi.

Shangri-La Harbin dalam satu kenyataan berkata ia telah memulakan siasatan dalaman.


"Jika apa yang ditunjukkan dalam video itu terbukti benar, ia adalah satu pelanggaran serius standard kebersihan kami dan ia tidak dapat diterima," katanya sambil menambah hotel itu juga akan meningkatkan pemantauan kerja dan latihan kakitangan.

The reporter also caught her folding duvet on the floor before throwing it back to the bed

"Pada masa yang sama, kami juga akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membolehkan semua langkah kebersihan dapat dilaksanakan."Sheraton belum lagi memberi respons.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DEqsrb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.