Kedai Mamak 24 Jam Mampu Kurangkan Maksiat?
Sekarang ini sudah menjadi trend golongan muda mengadakan perbincangan dan membuat tugasan di kedai mamak kerana kebanyakannya dilengkapi kemudahan wifi.
Jika kedai mamak hanya boleh beroperasi sehingga tengah malam seperti yang disarankan oleh sesetengah pihak, ke manakah golongan ini hendak pergi?
“Untuk pelajar Islam, adakah mereka akan ke rumah rakan dengan lelaki dan perempuan bercampur tanpa diawasi?,” soal Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader.
Malah, perbuatan itu mungkin membawa kepada khalwat dan ditangkap pihak berkuasa agama Islam.
Beliau berkata, Malaysia terkenal sebagai destinasi makanan global. Jika dasar itu dilaksanakan ia pastinya akan terjejas.
“Kita terkenal dengan makanan kita di seluruh dunia. Pelancong ke sini dan tertarik melihat makanan boleh didapati 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sudahkah mereka fikir bagaimana ini akan menjejaskan industri pelancongan?” soalnya.
Oleh itu, beliau menyifatkan cadangan mengehadkan waktu operasi kedai mamak sehingga 12 tengah malam sebagai “mengarut”.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam baru-baru ini, menyatakan mengehadkan waktu operasi restoran dan kedai makan adalah antara langkah di bawah dasar kesihatan baharu yang akan diperkenalkan kerajaan tahun depan sebagai mengatur.
Manakala langkah-langkah lain termasuklah mencukai minuman manis, mengecualikan duti import ke atas peralatan sukan dan pengendali gim dikecualikan cukai korporat serta melarang iklan makanan dan minuman mengandungi garam, gula dan lemak tinggi.
“Ya, kementerian berusaha membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit, tetapi mengehadkan waktu operasi restoran mamak sehingga tengah malam tidak akan menyelesaikan masalah itu,” kata Syed Ibrahim.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan sepatutnya melakukan langkah mendidik rakyat mengamalkan makanan sihat dan bukannya mengehadkan waktu operasi terhadap restoran serta kedai mamak.
Kedai mamak sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dan tempat berkumpul untuk peminat bola sepak serta pelajar. –utaranews
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EnNyDN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment