Ikut Logik Khairuddin, Wan Azizah Dan Azmin Juga Pendatang Asing
Dakwaan Penyelaras Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan menuduh Felda telah menjual tanah kepada warga asing berdasarkan kod '71' kad pengenalan dua pembeli tanah berkenaan sekaligus telah menuduh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali juga sebagai pendatang asing.
Khairuddin yang merupakan pengikut setia Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, dua individu yang membeli tanah kontroversi Felda di Jalan Semarak itu, Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan, kedua-duanya memiliki kad pengenalan dengan kod negeri '71'.
"Inilah pengkhianatan pemimpin-pemimpin UMNO pada keseluruhan warga peneroka serta orang-orang Melayu di tanahair kita.
"Kerajaan kleptokrasi gadai tanah felda pada orang luar. Sungguh zalim dan tidak masuk akal.
"Saya akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada petang ini (semalam). Saya juga ingin memohon pihak PDRM menyiasat ketulenan kad pengenalan warga luar ini yang dimilikki oleh Abd. Rahman bin Soltan serta Noraini bte Soltan," tegas Khairuddin.
Penganalisis politik/blogger Lim Sian See menerusi kenyataan di blognya menyifatkan Khairuddin tersangat bodoh dan kenyataan fitnah berkenaan menunjukkan lagi kebodohannya.
Ujarnya, kod '71' merujuk kepada warga negara Malaysia yang lahir di luar negara.
"Kalau ikut logik puak Mahathir, maka bakal Timbalan Perdana Menteri mereka Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR dan macai Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution; Ketua Wanita PKR Zuraida dan budak pseudo-Melayu DAP Zairil Khir Johari semua ada kod negeri '71' di Mykad mereka.
"Maksud puak Mahathir ialah Mahathir sekarang berpakat dengan orang asing untuk rampas Malaysia ke?," ujarnya.
Tegas LSS, isu rampasan tanah Felda yang kini hangat diperkatakan wajib ditentang namun ianya perlu ditangani dengan bijak dan bukannya menerusi fakta dan fitnah bodoh.
Isu kad pengenalan kod '71' ini pernah dibangkitkan ketika pra PRU13 apabila pembangkang mendakwa ramai pemilik kad pengenalan dengan kod '71' berdaftar sebagai pengundi dan menuduh kesemua pemegang kad pengenalan tersebut adalah warga asing.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini pernah menjelaskan, kod '71' digunakan pada nombor kad pengenalan individu rakyat Malaysia yang lahir di luar negara dan warganegara asing yang mendapat status pemastautin tetap (PR).
Bagaimanapun selepas 2001, semua warganegara asing yang mendapat PR tidak lagi dirujuk dengan kod '71', sebaliknya menggunakan kod berdasarkan negara kelahiran masing-masing, contohnya Singapura (66) dan Indonesia (61).
Pengerusi SPR pada waktu itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyangkal kerajaan memberi ramai warga asing kerakyatan untuk mengudin BN pada PRU13 berikutan hanya 171,023 pemilih berdaftar pada PRU13 memiliki kad pengenalan dibawah kod tersebut.
- mD
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lz1MZA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment