Dua remaja didakwa, tikam gadis 45 kali
TEMERLOH, 30 Dis ― Dua remaja semalam dituduh membunuh seorang gadis 14 tahun di ladang kelapa sawit di Bera, pada 25 Oktober lalu.
Zamirul Aliff Mohd Zaki, 19, dan seorang lagi masih bersekolah, didakwa membunuh Nur Amira Abdullah di tepi sungai Triang Estate.
Berdasarkan fakta kes, kedua-dua remaja itu didakwa membunuh perempuan itu antara 1.10 pagi hingga 3.30 pagi, lapor Harian Metro.
Mereka, tidak membuat sebarang pengakuan, didakwa bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, Zamirul Aliff boleh dihukum mati.
Rakannya yang bawah umur terlepas hukuman itu, tetapi boleh disebat, denda atau ditahan di sekolah khas bawah Seksyen 91 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Nur Amira ditemui terapung dalam Sungai Triang jam 3.30 petang pada 26 Oktober lalu dengan 45 kesan tikaman berganda.
Punca kematian disahkan akibat luka tikaman di dada, abdomen, belakang badan, tangan dan kaki menggunakan senjata tajam.
Mahkamah Majistret di sini menetapkan 24 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber Dua remaja didakwa, tikam gadis 45 kali
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lqCVb9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment