Rangka Manusia Lengkap Seragam Pelantar Minyak Dijumpai
BACHOK: Rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak ditemui penduduk di pesisir pantai Kampung Aur kira-kira jam 8 pagi tadi.
Seorang penduduk, Waliyul Amri Wahab berkata, dia mengetahui kejadian itu pagi tadi selepas dihubungi oleh sepupunya yang tinggal berdekatan.
Menurutnya, ketika tiba di situ terdapat hanya tiga penduduk di lokasi kejadian dan dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian.
“Ketika tiba di situ hanya tiga orang sahaja yang ada dan pihak polis belum tiba lagi. Ada seorang wanita yang mengutip siput yang mula- mula menemui rangka itu pagi tadi. Saya segera hubungi polis untuk memaklumkan mereka mengenai kejadian itu.
“Pada bahagian kiri baju itu tertulis Zamil Offshore dan ada rakan saya kata ia adalah pakaian pekerja syarikat pelantar minyak yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan luar pesisir dan marin terbesar dari Timur Tengah,” katanya kepada Sinar Harian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DbmHJA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment