'Fikir Sebelum Pangkah PH Bimbang Pukulan Maut DAP'
DAP sukar mencapai matlamatnya untuk menguasai negara kerana rakyat mulai sedar dengan tindakan parti itu yang akan mendominasi PH.
Menurut Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berikutan itu rakyat pastinya akan berfikir sedalamnya sebelum memangkah mana-mana parti gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
“Bagi saya rakyat sudah mula sedar hala tuju DAP dan rakyat sudah mula faham.
“Jadi bagi saya parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan hari ini dah mula tahu hala tuju DAP dan siapa di belakang mereka,” katanya dipetik media.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan DAP yang seribg membuat keputusan tanpa membuat perbincangan dengan PKR dan PAN dan PPBM sekaligus menunjukkan yang parti rasis itu cuba menguasai pentadbiran negara kelak.
Membuktikan perkara itu Penasihat DAP Lim Kit Siang, menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri PH dikala pemimpin parti komponen yang lain berkata perkara itu masih dalam perbincangan.
Malah anaknya, Lim Guan Eng pula dalam sidang medianya mengumumkan nama calon perdana menteri dan timbalannya akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan 7 Januari depan.
Pengumuman sepenting itu dibuat tanpa kehadiran mana-mana pimpinan kanan PH.
Justeru ujar Hashim, rakyat tidak akan terpedaya dan akan memberikan ‘pukulan maut’ kepada DAP serta PH pada PRU akan datang.
“Maka kerana itu saya rasa pilihan raya yang akan datang akan memberi pukulan maut kepada DAP kerana kesedaran rakyat itu sendiri,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zGhO9n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment