Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Akan Ditamatkan Sokongan Untuk BlackBerry Dan Windows Phone 8 Pada Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Akan Ditamatkan Sokongan Untuk BlackBerry Dan Windows Phone 8 Pada Minggu Hadapan

Pihak WhatsApp sebelum ini telah menyatakan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk beberapa platform pada penghujung tahun ini, dan tarikh berkenaan semakin rapat, iaitu 31 Disember 2017.

Platform yang akan ditamatkan sokongan WhatsApp Messenger pada tarikh berkenaan adalah BlackBerry OS, BlackBerry 10 dan juga Windows Phone 8.0.

WhatsApp tidak mengeluarkan kenyataan mengenai mengapakah sokongan ditamatkan. Biasanya, perkara ini berlaku kerana sistem operasi berkenaan tidak lagi disokong pengeluar – sekaligus menyukarkan mereka memperkenalkan ciri-ciri baru. Disamping itu, angka pengguna yang sangat sedikit juga sering membuatkan sokongan untuk sesuatu platform dimatikan.

Bagi anda yang masih menggunakan peranti berasaskan BlackBerry OS, BlackBerry 10 atau Windows Phone 8.0, anda dinasihatkan beralih ke platform lain untuk terus kekal menggunakan WhatsApp Messenger untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DfIkbB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.